Question: As’salam Doc…
Umur anak saya 12 bulan, saya berikan bf sepenuhnya dan bermula usia 6bulan saya sudah perkenalkan makanan pejal. Namun kebelakangan ini susu badan saya makin kurang dan saya cuba untuk memperkenalkan susu formula kepadanya. Namun anak saya menolaknya, beberapa produk susu yang berada di pasaran telah saya cuba namun tetap ditolaknya. Anak saya akan muntahkan susu tersebut. Susu badan di dalam botol tiada masalah untuk anak saya minum namun bila tukarkan kepada susu formula anak saya akan muntahkan semula susu tersebut. Mohon nasihat dan cadangan Dr untuk menangani situasi ini. Terima Kasih
Answer: Baby tidak memerlukan byk susu pada usia 12 bulan kerana sudah makan mkanan pejal. Adakah puan madih menyusu badan ketika memperkenalkan susu formula padanya? Digalakkan sambung susu badan sehingga 2 tahun kalau boleh.