Question: anak saya berumur 9 bulan lebih…dan masih minum susu ibu walaupon saya bekerja.sekarang bayi saya minum susu dari pukul 7 pagi – 5 petg sebanyak 12 oz susu ibu (6 oz pagi dan 6 oz lagi dalm pukul 1) dan 2 x makan bubur.(tengahari dan petang).persoalnnya adakah anak saya mendapat khasiat yang secukupnya?kerana ada sesetengah bayi minum susu formula pada usia ini lebih dari 6 oz.kadang-kadang saya jadi stress jika susu yang ditinggalkan tak mencukupi untuk anak saya.harap doktor dapat membantu dan menjawab persoalan saya.
terima kasih
Answer: Sukar untuk saya memberi komen memandangkan puan tidak memberitahu jumlah susu secara keseluruhan , hanya sampai 5 petang. Dan berapa jumlah susu untuk bubur yg diambil.Pastinya dia juga minum di waktu malam. Secara amnya, sekiranya berat badan dan tinggi mengikut graf tumbesaran tiada yg perlu dirisaukan. Ini boleh dilihat semasa anak ditimbang dan diukur semasa pemeriksaan di klinik kesihatan. Puan boleh berbincang dgn doktor atau nurse yg memantau tumbesaran bayi puan di klinik.