[Q&A] Perlukah baby diberi vitamin tambahan untuk kecerdasan otak

Question: hai doc,baby saya berumur 1tahun 3 bulan.Perlukah baby diberi vitamin tambahan untuk kecerdasan otak.Sebab bila datang kerja ada kawan2 kata diorang bagi vitamin itu vitamin ini untuk bagi cerdik..perlu atau tidak sebenarnya vitamin ini?terima kasih..

Answer: Sekiranya anak anda seorang yang pilih makan, ataupun jenis makanan yang diberi adalah terhad, ada kemungkinan tidak mencukupi vitamin seperti A, C dan D, maka adalah baik sekiranya menerima vitamin tambahan. Harus diingat ini tidak boleh diambil secara berlebihan.
Tujuan adalah untuk kesihatan yang menyeluruh, bukan sahaja fokus kepada otak. Tentulah kanak-kanak yang sihat, bebas dari penyakit dan nutrisi yang optimum akan menjamin kecerdasan otak. Ini penting antara umur antara 6 bulan hingga 5 tahun.


Posted

in

by

Tags: