Question: Dlm minggu ni sibuk org bercakap psl isu susu keluaran Fonterra yang dilaporkan tercemar dgn ”whey protein concentrated” (WPC80). Susu tersebut mungkin mengandungi bakteria clostridium botulinum yang boleh mengakibatkan penyakit botulisme. Yang betul-betul membuatkan saya risau kerana anak saya minum susu seperti yg telah disenaraikan utk ditarik balik. Anak sy skrg sedang mengalami sembelit yg agak teruk. Tlg la sy doc..sy betul2 risau skrg ni. InsyaAllah esk sy akan bawa anak sy ke hospital utk pemeriksaan lanjut.
Answer: simptom botulism melibatkan lemah otot dan saraf, dan sembelit sahaja boleh disebabkan pemakanan kanak2 itu sendiri dan mungkin tiada kaitan dgn botulism. Apapun, dapatkan pemeriksaan doktor dahulu ya. Moga semuanya selamat.
Comments
2 responses to “[Q&A] Anak saya sedang mengalami sembelit yg agak teruk.”
hi, anak saya berusia setahun sembilan bulan, dan dia masih menyusu badan sepenuhnya lagi.. masaalah saya sekarang ni, anak saya dia susah berak, kdg2 4-5 hari baru berak, bila dia meneran, sampai merah muka, dan berpeluh2 dan menangis2.. apa perlu saya buat? dan bagi makan untuk anak saya?
untuk pengetahuan tuan/puan anak saya agak memilih mkn.. sayur, buah2an dan air masak kurang mnum, jenuh paksa.. saya ada beli ubat di farmasi, bagi mkn sblm tdur.. saya tgk kurang berkesan.. minta tlg sebab saya runsing sangat2..
Norishah, pergi ke klinik kesihatan dan dapatkan rujukan ke pakar keluarga atau pakar pediatrik untuk rawatan . Dia memerlukan ubat untuk tempoh tertentu sementara pemakanannya dibaiki.