[Q&A] Anak sering demam

Question: as slm doktor.. umur anak saya berusia 2 tahun.. anak sering demam.. sminggu sihat n sminggu lagi akan demam lagi bersama batuk n selsema.. kadang2 jika terlalu pns bdn anak sy akan kluar bintik2 merah.. dlm sebulan 2 kali anak sy demam.. mcm mana yer doktor utk elakkan demam? doktor ada suggest vitamin apa yg baik n xterlewat ke kalau sy nk bagi vaksin,,,? t.kasih doktor….

Answer: demam bermakna ada jangkitan kuman di mana mana sistem badan. Kanak2 kerap demam apatah lagi jika duduk di nurseri bersama kanak2 lain. Namun demam yg kerap juga mungkin bermaksud ada masalah yg lebih serius. Sekiranya tumbesarannya bagus, aktif dan seleranya memuaskan, kemungkinan hanya jangkitan biasa sekiranya diiringi batuk dan selsema. Namun, sukar untuk mengandaikan punca jadi saya syorkan dia diperiksa oleh pakar sekiranya dia masih berterusan demam yg kerap.
Dia boleh makan multivitamin yg sesuai untuk umur yg boleh didapati di mana2 farmasi. Puan boleh membawa anak ke klinik kesihatan untuk catch up imunisasi.


Posted

in

by

Tags: