Question: Saya ada anak berumur 1 tahun 4 bulan now.. Dia mula makan pada usia 6 bulan. saya masakkan bubur dan selang seli dgn nestum cerelac. but since usia dia 11 bulan, until now, dia dah tak mahu makan bubur. puas sy masak macam2 but dia stil refuse dan akan muntah jika dipaksa makan. dan sejak tu dia hanya makan cerelac sampai la sekarang.
Saya stil bg cerelac sbb drpd dia tak makan apa2, baik sy bagi cerelac. untuk pengetahuan doc, anak sy lelaki dan masih menyusu badan selepas saya balik kerja diselang seli dengan susu formula. berat badannye juga tetap naik walaupon tak banyak dan masih dalam kawasan putih dalam graf buku bayi.
So saya nak tanya, is it ok kalau dia hanya makan cerelac pada umur 1 tahun 4 bulan sekarang ni? dan ade apa-apa kesan jangka panjang x daripada pemakanan cerelac tu? macammana sy nak rangsang pemakanan dia ye? sedangkan setiap kali dan setiap makanan yang saya makan saya akan cuba suapkan dia..
Harap doc dapat bantu kerana dia adalah anak pertama saya.
Terima kasih doktor…
Answer: Noraiyah, kanak kanak di usia itu perlu makan makanan pejal yang kaya dengan zat untuk membantu tumbesaran.