[Q&A] Masalah tentang perkembangan lewat

Question: salam doc…sy mempunyai bayi perempuan yang berumur 6 bln skrg…masa sy melahirkan bayi saya bayi saya telah tertelan najis dia di dalam perut dan semasa dilahirkan dia tidak menangis..selepas dimasukkan d dalam nicu selama 7 ari,dia telah kembali normal..tetapi slps itu dia telah d diagnosis dgn syndrome dandy walker setelah MRI terhadap dia dibuat semasa berumur 2 bulan…bulan lps dia telah menghadiri satu lagi temujanji dgn pakar neuro dan pakar neuro tersebut telah mengesahkan yang dia mempunyai struktur otak pachygyria dan menyatakan bayi saya akan terencat dan tidak akan mampu berjalan atau bercakap untuk selama-lamanya..utk pengetauhuan doc,bayi sy memang mengalami perkembangan yang sangat lambat..kepala nya belum boleh tegak betul lagi dan belom boleh meniarap..tetapi dia ada menunjukkan usaha untuk meniarap…tetapi dia ada babbling n respomse kalau org berborak dgn dia…apa pendapat doc terhdap keadaan bayi saya skrg n masa depan dia?n apa punca semua ni…thanks doc

Answer: saya harap puan tabah dgn dugaan Allah. Berdasarkan cerita puan,mmg bayi puan lewat perkembangan. Dan pakar neuro telahpun membuat ujian dan mengesahkan puncanya. Masalah struktur otak berlaku semasa dalam kandungan lagi, apa punca tidak diketahui.Ada masalah semasa proses pembentukan otak. Adakah anak puan dirujuk ke pakar fisiotherapi untuk terapi pergerakan otot? Saya tak dpt nk memberi gambaran terhadap masa depannya sebab saya tidak memeriksa perkembangan anak puan . Saya percaya pakar neuro adalah org yg terbaik untuk menjelaskannya.
Semoga Allah melindungi anak puan.


Posted

in

by

Tags: