Question: salam doc..saya nak tanya tentang tumbesaran anak saya..anak saya dah 9 bulan tapi dia langsung xnak makan makanan pejal macam nasi..biskut..roti..dll..sekarang dia hanya minum susu badan sahaja..kadang2 saya ada bagi dia buah..dia suka makan buah tapi nasi dia tolak..soalan saya adakah anak saya akan mengalami masalah tumbesaran dengan tabiat makan dia..saya risau jugak..
Answer: Apabila anak menjangkau 6 bulan, maka pemakanannya perlulah ada makanan separa pejal dan kemudian pejal. Memandangkan jumlah tenaga yg terdapat dlm susu tidak tinggi, maka kanak2 tu perlulah bergantung pd makanan pejal juga jika tidak nutrisi dan berat badan terjejas. Antara punca masalah makan ialah minum susu berlebihan yg menyebabkan kanak2 tersebut kenyang dan menolak makanan lain