[Q&A] Picky eater problem

Question: Im a housewife and I have a 1 year old son, still breastfeeding untill now.
My problem is he is a picky eater..sometimes when he didnt eat much, he will
Drink more from me..it results in very tiring for me and i feel very stressed out..
Plus its difficult to give him bottlefeed now..
Its been a week my husbnd try to bottlefed him, but he will cry continuously during the session.
hope u guys can help me to solve this problem..
*Just to inform u, when he was 6-10 months old, he stayed at nurserry and was bottlefed there..

Answer: “Anak saya tak mau makan” adalah aduan yang agak biasa didengar dari kalangan ibubapa. Saya ingin mengesyorkan beberapa strategi yang boleh membantu anda.

1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan kegemarannya.

2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu makan yang tidak sihat.

3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan juga rasa enak.4. Kalau anak minta lagi, boleh beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya begitu.

5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek. Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut ‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.

6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.

7. Beritahu anak 15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.

8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk menjamu selera.

9. Jadikan masa makan suatu aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga. Tak best makan sendiri.

10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak selesa.


Posted

in

by

Tags: