Question: Doc, Memandangkan skrg banyak bayi yg terkena jangkitan rotavirus, sy mahu berikan vaksin rotavirus pd bayi sy tetapi masih ragu kerana ada blog yg mnyatakan vaksin ini ada unsur babi dn tidak halal. Jadi apa tindakan yg boleh diambil utk mengelakkan bayi terkena jangkitan ini. Tq doc
Answer: Rotavirus adalah kuman yg biasanya menjangkiti usus dan menyebabkan cirit birit dan muntah. Kebersihan botol, pengendalian susu dan air yg digunakan perlu dipastikan betul dan bersih. Amalkan penjagaan kebersihan tangan sepanjang masa. Namun, adakala langkah ini tidak mencukupi untuk membendung penyebaran kuman rotavirus. Rotateq – Rotavirus vaksin ada sijil halal (sah sehingga 2018) oleh Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Enzim trypsin dari unsur khinzir digunakan dlm peringkat permulaan untuk memproses virus. Jumlah yg digunakan sangat sedikit dan kemudian ia dicairkan berkali kali dan melalui pelbagai peringkat penapisan sehinggakan hasil akhir tiada unsur khinzir lagi.