Anak kerap sakit perut

anaksakitperut_cvr_fooddetikcom

Q:  Anak saya berumur 5 tahun. Sejak 2 bulan lepas dia kerap mengadu sakit perut. Saya telah membawa berjumpa doktor 3 kali sepanjang tempoh itu, yang terakhir 2 minggu lepas. Saya telah diberitahu bahawa anak tiada apa apa masalah dan ia adalah normal. Saya risau kerana sakit perutnya masih ada. Doktor ada memberi ubat cecair warna putih baru baru ini tapi keadaannya sama sahaja. Untuk pengetahuan doktor dia kerap sakit di bahagian tengah perut dan pusat dan adakala sampai menangis-nangis kesakitan. Selera makannya seperti biasa. Tiada sembelit. Bila tidak sakit, dia cergas seperti biasa. Boleh doktor terangkan apakah tanda -tanda bahaya yang perlu saya perhatikan. Saya bingung kerana semua doktor cakap ia normal. Bagaimana ia normal jika anak saya kerap mengadu sakit dan apakah punca sakitnya itu. Apa yang perlu saya lakukan . Terima kasih doktor.   ( RMN )

 

A:  Masalah sakit perut di kalangan kanak-kanak selalu berlaku. Ianya adalah antara sebab utama kanak-kanak di bawa berjumpa doktor pakar kanak-kanak. Sakit perut boleh disebabkan oleh masalah yang tidak serius tetapi boleh juga disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius.

Biasanya doktor akan mengambil riwayat perubatan pesakit selengkapnya. Adakah kesakitan berlaku setiap masa atau hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja contohnya selepas atau sebelum makan. Tahap kesihatan juga penting. Jika tahap kesakitan yang serius sehingga menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya berguling kesakitan atau menangis dengan kuat setiap kali ianya datang, pastinya kemungkinan masalah penyakit yang serius adalah lebih tinggi. Simtom sampingan seperti muntah atau cirit perlu diberikan perhatian yang lebih serius terutamanya jika ianya bercampur dengan sedikit darah.

Ini termasuk juga simtom seperti timbulnya ruam di badan atau kaki, bengkak di sendi atau anggota tubuh. Sering juga berlaku di mana sakit perut disebabkan oleh masalah sembelit. Ibu bapa perlu memberitahu doktor jika mereka perasan yang anak mereka yang mengalami sakit perut kelihatan susut berat badan atau kelihatan kurang bermaya kerana ini juga adalah tanda masalah penyakit yang serius.

Setelah riwayat perubatan pesakit yang lengkap diperolehi, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dengan teliti. Lokasi sakit di bahagian perut akan dikenal pasti. Ini kadang-kadang sukar dilakukan kerana kanak-kanak (bergantung kepada tahap kematangan mereka) sering tidak dapat memberikan respon yang konsisten. Secara amnya, lebih tengah berdekatan pusat lokasi kesakitan lebih besar kebarangkalian masalah penyakit yang TIDAK serius dialami. Selain daripada pemeriksaan perut doktor akan memeriksa anggota tubuh yang lain bagi mencari petunjuk penyebab kesakitan yang dialami.

Setelah pemeriksaan dilakukan sekiranya perlu beberapa penyiasatan mungkin perlu dijalankan. Ini bergantung kepada apa masalah kesihatan yang disyaki. Pemeriksaan ultrasound perut (abdominal ultrasound) adalah amat baik bagi memastikan tiada masalah pada organ dalaman di abdomen contohnya buah pinggang, hati, limpa, usus, kelenjar limfa (lymph nodes) dan juga ovari bagi kanak-kanak perempuan.

Umum sering menganggap bahawa kanak-kanak tidak menghidap penyakit gastrik. Ternyata ini adalah anggapan yang salah. Gastrik di kalangan pesakit dewasa seringkali disebabkan oleh stress, amalan menghisap rokok, mengambil alkohol, ubat ubatan tertentu dan juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria “Helicobacter Pylori”. Kanak-kanak boleh mendapat gastrik sekiranya tidak mengambil makanan secara tetap. Selalu kita lihat kanak-kanak mengabaikan sarapan pagi yang sudah tentu merupakan waktu makan yang paling penting berbanding waktu makan yang lain. Mereka juga boleh menghidap gastrik sekiranya mengambil ubatan tertentu dan pastinya boleh dijangkiti oleh bakteria “Helicobacter Pylori” juga.

Penyakit “Inflammatory Bowel Disease” atau radang usus boleh menyerang kanak-kanak sepertimana pesakit dewasa. Di Malaysia, semakin ramai kanak-kanak telah dikesan mengalami masalah ini dan simtom sakit perut adalah simtom yang sering dialami oleh mereka.

Sekiranya kesakitan masih dialami dan pemeriksaan ultrasound abdomen tidak menunjukkan apa-apa masalah ujian darah, najis dan air kencing mungkin perlu. Dan jika ada sebarang keperluan contohnya ketidaknormalan pada ujian darah atau najis, pemeriksaan endoskopi mungkin perlu dijalankan. Prosedur ini dijalankan oleh doktor pakar pediatrik gastroenterologi untuk memeriksa permukaan dalaman usus. Sejenis kamera bersaiz kecil akan dimasukkan ke dalam usus dan pesakit akan diberikan bius sepenuhnya bagi membolehkan pemeriksaan ini dijalankan dengan selamat. Sewaktu prosedur ini dijalankan doktor akan memeriksa permukaan usus dan mengambil sedikit tisu usus untuk pemeriksaan makmal bagi menentukan penyebab kesakitan yang dialami

 

Gastric
Gambar merujuk gastrik teruk sehingga menyebabkan luka di perut pesakit kanak-kanak disebabkan oleh jangkitan “Helicobacter Pylori” seperti dilihat sewaktu pemeriksaan endoskopi

Rawatan untuk masalah sakit perut bergantung kepada apa penyebabnya. Oleh itu, amat penting untuk kanak-kanak yang mengalami sakit perut berterusan walaupun setelah diberikan rawatan awal untuk dinilai seterusnya oleh doktor pakar pediatrik gastroenterologi jika perlu. Ini terutamanya bagi mereka yang mengalami simtom serius atau simtom sampingan lain seperti yang telah diterangkan di atas.

 

( Answered by Dr. Nazrul Neezam Nordin , Paediatric Gastroenterologist)

* header pic source : www.food.detik.com


Posted

in

by

Tags:

Comments

10 responses to “Anak kerap sakit perut”

  1. ibu aira Avatar
    ibu aira

    hai..doktor nak minta nasihat atau pendapat..anak sy 2 thn 4 bln sudah 11 hari sakit perut..dia akan muntah selepas menyusu.kami da rujk kepd doktor kerajaan n swasta masih tiada perubahan.sy takut anak mwngalami masalah perut yg serius.mohon nasihat dr doktor apa perlu sy buat.

  2. watiy Avatar
    watiy

    doktor, anak sy berumur 3tahun 2 bulan, selalu mengadu sakit perut.da seminggu lebih berlarutan sakit perutnya.dalam sehari 4-5 kali dia mengadu sakit perut. selalunya dia mengadu waktu dia bermain,waktu tengok tv dan waktu tgh malam. sy risau sebab sebelum ini dia sembelit tetapi sekarang najis dia cair macam cirit. kekerapan dia membuang air besar tidak lah kerap, dalam sehari 1x – 2x sahaja. yang saya perasan dia start jadi selepas makan ubat cacing.2 hari selepas tu dia mengadu sakit perut sehingga sekarang.kadang2 dia mengadu lenguh2 kaki atau tangan.utk pengetahuan doktor, anak sy jenis yang tidak suka makan.minum susu seperti biasa.tiada demam atau muntah. adakah itu tanda2 awal gestrik ?

  3. ema Avatar
    ema

    hai doktor…
    anak sya umur 2tahun 8bulan….anak sya mmg ada masalah sembelit….tp 2 hari lepas dia ada membuang tp sya tgok najis keras keluar sekali dengan najis cair….lepas pada tu dia demam dan dia mengadu sakit perut selang 15 minit…..lagi satu klu dia makan selepas je makan dia akn muntah balik….adakah nie masalh dngn usus….boleh bagi penjelasan…terima kasih. ..

  4. Nisah Avatar
    Nisah

    Assalamualaikum ..
    Anak perempuan sy 10thn..diasering mngadu sakit perut atau pedih..saya ada membawa berjumpa doktor dan dapati gastrik peringkat kanak kanak.selepas mkn ubat dua minggu..dia kurang sakit ttp akan mngadu kadang kala..saya risau akan menimbulkan apa app penyakit..apa yg perlu di buat…

  5. Pn Noor Avatar
    Pn Noor

    anak lelaki saya berumur 7thn dan beliau adalah anak sulung.semasa dalam pantang, saya tidak pernah tuam telur beliau sbb org tua2 kata perlu tuam untuk elak angin pasang. alhamdulillah dia tidak pernah mengalami angin pasang semasa kecil. cuma baru2 ini dia menangis ketika tidur apabila suami saya periksa telurnya kelihatan seperti bengkak.suami saya suruh saya sapu minyak gamat di tempat yg bengkak itu.memang anak saya menangis ketika di sapu.selepas itu, saya beri dia ubat tahan sakit (ubat demam). soalan saya, adakah dia perlu menjalani pembedahan dan jika tidak di bedah (biarkan sahaja), adakah penyakit ini berulang lagi.terima kasih doc.

  6. emma Avatar
    emma

    hai doc, anak sy berusia 3 tahun lebih..dia slalu mngadu sakit perut..sekarang pun dia sakit prut muntah2 berkahak dan berwarna kuning..anak saya bukan jenis yg nak makn nasi dia hanya myusu shaja..sya risau kalau itu gastrik atau pnyakit lain.apakah pnyebab berlakunya sakit perut dan cara menghilangkan sakit itu?

  7. TIEY Avatar
    TIEY

    Anak perempuan saya berumur 1 tahun 8 bulan,masih menyusu badan dan susu formula.Mulanya saya ingat sembelit biasa tapi bila tiba-tiba boleh sakit sampai pegang perut dan menagis kuat2.Then saya bawa pergi hospital bg ubat demam dan cair najis.Tapi selepas makan ubat pun xdak perubahan,jadi saya bagi ubat punggung,dia buang air besar tapi sakit perut tetap jadi.Saya dah risau dan susah hati.Harap sangat boleh bantu saya macam mana nak ubatinya

  8. hanim Avatar
    hanim

    dear doktor,

    sy nak tanya, sejak umur 4 tahun, anak sy selalu mengadu sakit perut, di sekitar bawah pusat wlu dia baru lepas makan atau minum susu.

    bila saya sapu minyak angin dan urut, sakit dia hilang. ada masa dia mengadu lenguh2..
    adakah bahaya?

    badannya agak kurus dan berat susah naik wlu makan banyak.

  9. doktorbudak Avatar
    doktorbudak

    Dear Puan Balkiss , here is a link that i think would be helpful for you on weaning and stopping BF. Please click on – http://www.babycentre.co.uk/a3272/how-should-i-stop-breastfeeding

    * for future questions that are not related to the article above – please click on the ASK DOKTORBUDAK

  10. balkizz Avatar
    balkizz

    My daughter is one year 7 months and I’m ready to wean her off breastfeeding. She’s also taking her formula from a bottle when I work and eating and drinking better than most toddler. But even though I’m almost dried out with supply, she’s getting more and more attach and refuse to budge from BF. It’s getting even more worst when she started to treat my nipple as a pacifier at night. How do I wean her off? Help!