[Q&A] Masalah kesihatan bayi berumur sebulan

Question: Assalam doktor,

Anak saya ketika dilahirkan beratnya ialah 3.17 kg. ketika timbang pada umur 3 minggu beratnya hanya 3.3 kg. 3 hari kebelakangan ini bayi saya kurang tidur sama ada siang atau malam. Menyusu sangat kuat, kencing dan berak pula normal sebanyak 4-8 kali sehari. Tetapi untuk dia berak kadang2 dia seperti struggle. Maksud saya dia akan gelisah, menangis dan nampak agak susah. Bila pembuangan selesai dia seolah2 sangat lega dan diam seperti tak aktif. Kentut juga sangat jarang kecuali ketika berak.

Pipi tidak bulat berbanding ketika dilahirkan dan mata macam tak bermaya. Apakah simptom penyakit yang ditunjukkan oleh bayi saya?

Terima kasih atas jawapan yang diberikan.  (Juliana)

Answer: Berak seperti struggle boleh menjadi reaksi yang normal yang tidak menandakan bayi rasa sakit.Ia cuma tidak suka perasaan itu dan kurang selesa seperti mahu meneran. Sekiranya najis adalah biasa, tidak cair tidak berdarah dan tidak berlendir maka ia bukan suatu masalah. Sekiranya bayi menyusu banyak, itu adalah tanda sihat. Adakah bayi terlalu teruja, banyak orang main dengan bayi , bunyi bising dan keadaan persekitaran yang kurang tenteram? Daripada cerita puan, kami tidak dapat tentukan sama ada bayi ada penyakit. Nampaknya seorang bayi yang banyak menyusu dan boleh kencing dan berak secara normal adalah seorang bayi yang sihat. Wajah pipi dan sama mata itu bermaya itu adalah sangat subjektif. Saya nasihatkan puan bawa bayi ke klink kesihatan untuk mendapatkan kepastian.


Posted

in

by

Tags: