[Q&A] Ubun-ubun kepala

Quesstion: hi doktor..anak saya berumur 3 bulan 2 minggu..apa yang saya dalam perhatian saya sekarang ni ialah ubun-ubun kepala anak saya berlekuk dan berdenyut..tapi anak saya tak menunjukkan tanda-tanda tidak selesa seperti meragam yang melampau,sentiasa menangis..dia ceria dan aktif..adakah itu normal dan mengapa itu berlaku?terima kasih doktor.

Answer: Zira, Ubun ubun yang berdenyut adalah normal kerana ia menandakan pengaliran darah ke kawasan tersebut. Ubun ubun , jika dirasa dengan tangan adalah seperti berlekuk kerana anatomi tengkorak kepala namun ia tidak sepatutnya tenggelam (menandakan dehidrasi atau kurang air) atau penuh/membonjol kerana menandakan tekanan dalaman adalah tinggi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Ubun-ubun kepala”

  1. Muzafar Avatar
    Muzafar

    Doc..anak sy demam n sekarang ubun-ubun dia mcm membengkak…apakah sebabnya dan apa yg perlu dilakukan…