[Q&A] Perkembangan Bayi

Question: Salam Doc,

Saya baru sahaja 2 Bulan melahirkan anak ke 4 saya.
Apa yang membimbangkan saya, pertambahan berat dia tidak seperti anak-anak saya yang terdahulu.
Bayi baru saya ini lahir dengan berat 3.5kg. Tetapi, pada Bulan pertama dan kedua berat Bayi saya hanya bertambah 0.5 kg berbanding kebiasaannya anak-anak saya yang terdahulu, berathe mereka akan bertambah lebih 1 kg setiap Bulan.
Apakah ini kerana Bayi saya kurang menyusu waktu malam yang mana dia hanya akan bangunan sekali sahaja untuk menyusu dan kadangkala dia langsung tidak bangunan.
Apakah saya perlu mengejutkan Bayi setiap malam untuk bangunan menyusu? Berapa kali kah Bayi Sepatutnya bangunan menyusu pada waktu malam?
Bayi saya sekarang berurut 2 Bulan dengan berat 4.8kg dan panjang 58 cm.
Terima kasih kerana menjawab kebimbangan saya. (Suraya)

Answer: Suraya, Bayi pada usia tersebut kebiasaannya minum 2-3 jam sekali bergantung kepada samada ia susu badan atau susu formula (susu badan lebih senang dihadam dan adakala bayi minum lebih kerap) , dan bergantung juga kepada bayi tersebut. Bayi perlu dikejutkan untuk minum susu pada waktu malam pada beberapa bulan pertama (sebaiknya memmpunyai rutin) agar berat badan mereka boleh bertambah dengan baik. Seperti yang dikatakan tadi , ada yg menyusu setiap 2 jam atau 3 jam dan apabila bayi semakin berusia, jarak di antara penyusuan boleh dijarakkan bergantung pada keperluan bayi. Kebiasaannya pada usia 5-6 bulan bayi tidur sepanjang malam.


Posted

in

by

Tags: