Question: Hai doctor.
Anak sy berumur 11 bulan.sekarang mengalami batuk berkahak dan panas dalam , suhu badan maintain 37C.
Baru bertukar susu dari NAN pro 1 ke dupro langkah 2.sudah hampir 3 minggu.
Mula sembelit 5 hari yg lepas.
Sudah diberi air masak kerap.tp masih sembelit.
Pls advice me doct.
Tq (nor ain mislan)
Answer: Adakah susu dibancuh mengikut sukatan dan berapa kerapkah diberikan susu dalam sehari? Bagaimana pula dengan pemakanannya, adakah kaya dengan serat (fibre)? Ini adalah kerana anak anda sudah berumur 11 bulan jadi keperluan nutrisinya bukan sahaja bergantung pada susu tapi juga makanan. Jika ini satu keadaan yang baru berlaku ( memang baru 5 hari dan sebelum ini tidak pernah sembelit) , antara penyebab lain ialah sewaktu tidak sihat dan berlaku jangkitan adakala usus juga tidak aktif dan bayi kurang buang air besar. Pastikan diet anak kaya dengan buah-buahan , sayuran dan air. Jika ini berterusan bawa berjumpa doktor,
Comments
One response to “[Q&A] Najis keras, sembelit”
Salam doc
Bayi saya berusia 1 tahun dan minum enfagrow.tiada masalah selera makan atau susu.kebelakangan ini dia sering sembelit…hari2 buang air besar tapi keras berketul2 kadang2 Menangis dan selalu meneran untuk membuang air besar. Saya telah pun kerap memberinye sayur, buah, air masak etc tuk memudahkan dia membuang air besar. Tetapi masih lagi sembelit. Saya baru 3hari bertukar kepada mamil sebab risau keadaan sembelitnye nak masuk 3 minggu. Dah jumpe doc n nasihatnye lebihkan air masak.
Soalan sy:
1.Berapa bnyak kuantiti air (susu / air masak) y di perlukan utk bayi saya (usia 1tahun) dalam sehari
2 adakah keadaan ini berkaitan dgn cuaca y sangat panas sekarag ini dan dia memerlukan lebih air masak
Tq doc