[Q&A] Flat Head Syndrome

Question: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak saya berusia 2 bulan dan mengalami flat head kerana posisi tidur mengiring ke kanan. Bagaimanakah cara untuk mengembalikan bentuk normal kepala anak saya? Adakah hospital menawarkan rawatan untuk masalah ini. Terima kasih. (Puan Lis)

Answer: Dear Puan Lis, Flat head syndrome sebenarnya agak kerap dijumpai, dan langkah pertama tidak haruslah bergantung kepada penggunaan alat-alat seperti helmet. Dengan sentiasa memastikan anak tukar posisi pada siang hari, cara fisioterapi sekiranya lehernya lemah/ketat, akan membawa kesan positif. Hanya untuk kes dimana saiz dan bentuk kepala sangat terjejas maka perlu rujuk untuk pemeriksaan doktor pakar otak dsb.


Posted

in

by

Tags: