[Q&A] Umur yang sesuai untuk ke Tadika?

Question: Hi doctors,

Umur anak saya 3tahun masuk tahun ini (January 2015), sejak dr umurnya 2tahun dia sudah boleh mengenal ABC, 123, SHAPES, COLOURS, BODY PART dll, melihatkan minatnya yang tinggi dalam pembelajaran saya dan suami membuat keputusan untuk menghantarnya ke sebuah tadika berdekatan denfan rumah kami. Sesi tadika tersebut bermula 8am sehingga 12pm.lebih kurang 4jam sahaja. Modul pembelajarannya tidak berapa berat dan bagi saya ianya sesuai dengan umur anak saya. Anak saya akan diletakkan bersama pelajar yg berumur 4thn dlm satu kelas.

Soalan saya:
1. Adakah releven tindakan saya dan suami?!
2. Sesuaikah umurnya dihantar ke tadika belajar bersama mereka yg berusia 4thn?
3. Apakah long term effects jika anak dihantar awal ke tadika?! (Pro and cons)
4. Umur yang sesuai untuk dihantar ke tadika?
5. Minta perincian berkaitan dengan taska, tabika, tadika dll.. (Nur Nadiah)

Terima kasih..

Answer: Hi Puan,

1. Sekiranya anak sudah bersedia, tidak dipaksa, tiada separation anxiety, dan aktif berkenalan dan berkongsi main dengan kawan lain, maka tindakan anda adalah wajar. sila baca artikel ini http://life.familyeducation.com/preschool/kindergarten/53895.html

2. Ada kajian yang membandingkan mereka yang pergi tadika sebelum umur 4-5 tahun, dan mereka yang selepas – tiada perbezaan antara keupayaan dan pencapaian mereka.

3. Sekiranya anak memang suka pergi tadika, berinteraksi dengan kawan-kawan lain, tidak ada kesan buruk. Anak akan mendapat peluang belajar yang lebih awal, dan tidak rasa bosan di rumah. Sekiranya anak dipaksa ke tadika sebelum bersedia, maka akan menyebabkan kesan negatif.

4. Kebiasaanya, umur adalah pada umur 4-5 tahun. Namun, yang penting ialah sama ada anak bersedia – adakah anak sudah cergas melompat, berlari, melakukan aktiviti fizikal ( gross motor development yang normal ), kemahiran sosial yang baik dan kemahiran tandas(buang air besar/kecil di tandas).

5. Untuk perincian ini , sila baca artikel ini daripada Dewan Bahasa dan Pustaka :- http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp4feb7.pdf


Posted

in

by

Tags: