Tips Penyimpanan Ubat Kanak-kanak

ubat-cecair

Kebanyakan ubat bagi kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair. Penyimpanan ubat dengan cara betul adalah suatu perkara penting yang selalu dipandang remeh. Berikut adalah cara-cara penyimpanan ubat cecair minum yang sesuai

1. Label
Baca label pada botol ubat dan ikut arahan penyimpanan yang disyorkan. Sesetengah ubat memerlukan cara penyimpanan yang khas dan ini selalunya tertulis pada label ubat.

2. Persekitaran
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan dilindungi daripada cahaya matahari. Secara umumnya, semua ubat perlu disimpan di tempat yang tidak terdedah kepada suhu yang ekstrem dan kadar kelembapan yang tinggi. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan ubat hilang keberkesanannya serta boleh dicemari oleh mikroorganisma. Penyimpanan ubat di dalam kereta (sangat panas) atau dalam almari di tandas (sangat lembap) seperti yang selalu dipaparkan dalam televisyen adalah tidak digalakkan sama sekali.

3. Jenis Ubat Cecair

 

  • Ubat cecair dengan pengawet
    Ubat cecair yang mengandungi pengawet boleh disimpan pada suhu bilik kecuali dinasihatkan lain pada labelnya. Ubatan cecair yang telah dibuka tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan ataupun melampaui tarikh luputnya (bergantung tarikh yang mana sampai dulu). Ubatan yang belum dibuka boleh disimpan sehingga tarikh luput sekiranya disimpan tempat yang betul.
  • Ubat cecair tanpa pengawet/serbuk
    Bagi ubat cecair yang tidak mengandungi pengawet, adalah dinasihatkan untuk membaca nasihat pada label untuk tempoh penyimpanan. Jika tiada maklumat tempoh penyimpanan, jangan simpan lebih daripada 2 minggu. Ubat jenis ini seharusnya disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keberkesanannya. Contoh ubat yang tidak mengandungi pengawet adalah ubat serbuk yang perlu rekonstitut sendiri (ditambah air sebelum guna) terutamanya antibiotik. Ubatan serbuk yang belum direkonstitut boleh disimpan pada suhu bilik dan masuk dalam peti sejuk selepas dibuka.

4. Warna dan bau ubat
Perhatikan warna ubat sebelum guna. Jika ada perubahan pada warna atau bau, jangan guna walaupun ubat tersebut belum sampai tarikh luputnya.

5. Botol ubat dari klinik
Botol ubatan cecair yang didapati daripada klinik selalunya tidak mempunyai arahan penstoran dan mengandungi ubatan cecair berpengawet. Oleh itu, ubat-ubat ini yang tidak mempunyai tarikh luput tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan dari tarikh mendapat ubat tersebut.

6. Bekas asal
Bekas penyimpanan ubat yang paling sesuai adalah bekas asalnya. Penukaran atau pemindahan ubat ke dalam bekas lain terutamanya bekas-bekas makanan atau bekas ubat lain adalah tidak digalakkan. Orang lain terutamanya kanak-kanak boleh tersilap dan sangka ubat tersebut adalah makanan lain. Ini menjadi lebih bahaya sekiranya anak-anak kecil tersilap minum. Sesetengah ubat juga memerlukan bekas penyimpanan khas untuk memastikan keberkesanannya terutamanya sesetengah antibiotik yang sensitif cahaya.

7. Lokasi
Lokasi tempat penyimpanan ubat seharusnya dijauhkan dari kanak-kanak. Tempat simpan ubat sebaiknya di paras yang tinggi dan tidak boleh dicapai serta jauh dari penglihatan anak-anak kecil.

Kesimpulannya, penyimpanan untuk semua jenis ubat seharusnya berdasarkan cadangan yang terdapat pada label ubat. Jangan sayang untuk membuang ubatan luput semata-mata kerana masih banyak tertinggal. Jauhi daripada capaian kanak-kanak demi keselamatan mereka. Jika ada keraguan, dapatkan kepastian dan nasihat daripada ahli farmasi berdekatan dengan anda.

Oleh Puan Wong Yeng Pooi, Pharmacist

Rujukan: http://www.nhsped.uea.ac.uk/assets/docs/qa/storage_stability_in_use_shelf_lives_of_non_sterile_medicines.pdf

(Pic source: www.drugfree.org)


Posted

in

by

Tags:

Comments

13 responses to “Tips Penyimpanan Ubat Kanak-kanak”

  1. emi Avatar
    emi

    Puan, bolehkan ubat batuk dan ubat lendir (cecair) yg telah dibuka setelah 2 bulan diberikan semula kepada bayi saya?

    1. Wong YP Avatar
      Wong YP

      Emi, sekiranya ubat ini disimpan dengan cara yang betul dalam 2 bulan ini dan tidak melangkaui tarikh luput, ubat ini masih boleh digunakan.

  2. nor Avatar
    nor

    saya mendapat ubat untuk kencing tidak lawas dalam bentuk cecair pada 8 disrmber 2014. adakah saya masih boleh minum ubat itu sekarang? ubat itu disimpan di dalam peti sejuk. terima kasih

    1. Wong YP Avatar
      Wong YP

      Ya, ubat tersebut sepatutnya boleh disimpan sehingga 3 bulan sekiranya mengandungi bahan pengawet.

      1. emi Avatar
        emi

        Puan, bolehkah ubat batuk dan ubat lendir (cecair) yang telah dibuka diberikan kepada bayi saya semula?

  3. ruhil Avatar
    ruhil

    saya mempunyai bayi yg berusia 3bulan setengah.. kebelakangan ini die sering bersin pd siang hari dan batuk pada malam.. dan lebih menyukarkan pada waktu malam ketika tido seperti digangu dengan batuk, apakah posisi yg paling sesuai utk bayi tido diwaktu batuk atau selsema.. sebelum ini saya fobia anak pernah tercekik kahak.mohon bantu ibu yang risau. terima kasih.

    1. Wong YP Avatar
      Wong YP

      Pn Ruhil,
      Soalan anda adalah tidak berkaitan dengan artikel di atas. Sila tujukan soalan anda di bahagian ‘Ask doktorbudak’ (http://www.doktorbudak.com/category/). Terima kasih

  4. Puan Lina Avatar
    Puan Lina

    Hi! I want to ask regarding breastfeeding and drugs that are taken by the mother. Is there any duration that the mother should stop breastfeeding if she needs to take certain medication? I’m worry because some of the medication will be excreted into the breastmilk right? Thank you in advance.

    1. Wong YP Avatar
      Wong YP

      Pn Lina, it is better that u direct this question to your doctor who prescribed the medication to you or your nearest pharmacist as different medications have different safety profiles. It is true that certain medications are not suitable for breastfeeding mothers but some may be safe although it might be excreted into breast milk. Therefore, we need to ascertain what medication the mother is taking in order to give proper advise.

  5. bieshoppe Avatar

    Mohon share dengan pengguna http://www.bieshoppe.com.my TQ admin

  6. wan Avatar
    wan

    Saya ada 1 persoalan..walaupun ianya tidak berkaitan dengan tajuk artikel ini tetapi diharap Doktor Budak dapat menjelaskan dan memperincikan dengan teliti persoalan saya ini..

    Kebelakangan ini isu vaksin untuk kanak2 kembali hangat diperkatakan dan banyak perkara2 negatif yg perlu dipertimbangkan oleh ibubapa berbanding perkara2 positif kesan dari suntikan vaksin ini.

    Adakah benar vaksin ini meninggalkan kesan2 yg sebegitu seperti AEFI ataupun ianya mungkin hanya kesan kepada sesetengah kanak2 yang mungkin mempunyai masalah2 lain yang tidak diketahui?

    Adakah benar sekiranya suntikan vaksin tidak diberikan kepada kanak2 mereka akan terdedah kepada risiko yg tinggi kepada penyakit2 tertentu?

    Adakah ianya tidak mengapa sekiranya ibubapa mengambil keputusan untuk tidak memberikan suntikan vaksin kepada anak2?

    Terima kasih diatas perhatian Doktor Budak.

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Wan, sebenarnya hanya segelintir sahaja yang memilih untuk tidak memberi vaksinasi berbanding dengan majoriti ibu bapa. Adalah tidak wajar untuk memilih untuk tidak memberi vaksinasi (melainkan atas dasar penyakit tertentu yg dihidapi anak , namun ini akan dikenalpasti oleh doktor). Topik ini telah dihuraikan dalam artikel artikel kami dan boleh dapatkannya di website doktorbudak.com bawah category vaccination.

  7. Pn Wong Yeng Pooi Avatar

    Submitted by DoktorBudak Admin.