[Q&A] Ukuran lilit kepala

Question: Salam Sejahtera..
Saya ingin bertanya adakah normal jika seorang bayi hanya naik 1 cm ukur lilit kepala setiap bulan?anak saya dilahirkan boderline prem @36w, berat 2.1kg, tinggi 51cm, coh 32cm..pada umur sebulan coh 33cm, berat 2.7kg, tinggi 52cm, umur 2 bulan coh 34cm, berat 3.4kg, tinggi 53cm..adakah anak saya mempunyai tanda2 microcephaly?

Answer: Puan, kadar kenaikan lilitan kepala untuk bayi pramatang biasanya adalah 1 cm setiap minggu, tetapi semakin besar akan semakin perlahan. Secara umumnya, lilitan kepala akan bertambah 6cm dalam 3 bulan yang pertama. Maksudnya, dijangka akan bertambah daripada 32 cm ke 38cm pada umur 3 bulan. Daripada growth chart, lilitan kepala anak puan memang dibawah 3rd centile, maka ada kemungkinan adalah microcephaly. Perlu diperiksa dan dianalisa tentang perkembangannya. Sila rujuk kepada pakar pediatrik untuk pemeriksaan dan siasatan yang selanjutnya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Ukuran lilit kepala”

  1. Aida Avatar
    Aida

    Anak saya dilahirkan 39 minggu. Kini berumur enam bulan dan ukur lilit kepalanya 39cm. Berat enam kg height 62cm. Bayi sudah boleh meniarap dan perkembangan nya adalah mengikut umur. Adakah ukur lilit kepalanya menunjukkan beliau microxephaly. Jika ya aper perlu saya lakukan. Mohon penjelasan.