[Q&A] Perkembangan anak yang berumur 6 bulan

Question: Hi doc Anak saya berumur 6 bulan 15 hari. Lelak. Setakat ni dia boleh meniarap arah kanan sahaja dan tidak boleh melentang kembali. dia juga boleh membuat pusing tapi tidak boleh kedepan. Apakah saya perlu risau dengan perkembangan ini atau tunggu sahaja sampai dia mampu membuat gulingan dan bergerak kehadapan (Linda)

Answer: Linda, Bayi 6 bulan biasanya mula meniarap dan akan mengambil masa untuk memusingkan badan semula. walaupun begitu, perkembangan bayi adalah berbeza tetapi dalam lingkungan umur yang sama jika normal. berikan sedikit masa dalam sebulan lagi seharusnya dia sudah boleh pada waktu itu. Sekiranya perkembangan lain ok, seperti mampu mengangkat kepala jika ditiarapkan , mampu memgimbang berat badan jika didirikan dan mencapai barang serta sudah mula nak berkata contoh bababa, maka ia tidak perlu dirisaukan


Posted

in

by

Tags: