[Q&A] Pergaulan – anti social

Question: Anak saya berumur 6 bulan. Dia enggan disentuh oleh orang yang tidak dikenali. Ada yang mengatakan anak saya anti sosial apabila cuba ditegur atau diambil oleh orang lain dia akan menangis. Dia berhenti menangis hanya bersama saya bapanya dan beberapa orang yang ‘familiar’ sahaja. Benarkah anak saya anti sosial? (Izzati)

Answer: Hi Puan Izzati, Untuk bayi 6 bulan, masih terlalu awal untuk kenalpasti kelakuan antisosial. Daripada gambaran yang diberikan, bayi nampaknya mempunyai ‘stranger anxiety’ iaitu suatu kemahiran sosial yang mula kenal orang asing dan kurang selesa mendekati orang yang tidak dikenali, biasanya ini dicapai pada purata umur 9 bulan tetapi adalah normal apabila muncul pada umur 6 bulan.


Posted

in

by

Tags: