Question: Doc, ank sy berusia 4 tahun. Dr segi perkembangan fizikal semuanya ok. Yg merisaukn sy ialah apabila bercakap dia akn tertukar baju n seluar, keluar n masuk, atas n bawah. Adakah ia normal utk peringkat umur 4 thn?
Timbul rasa risau apbl melihat knk2 seusianya tlh petah bercakap malah tiada masalah penggunaan perkataan. Tambahan pula semasa berusia 3 bulan ank sy pernah fit n bt follow up di hospital. Result EEG semasa berusia 2 thn normal. Dia seorg knk2 yg aktif. Sehingga skrg bila kurang sihat spt selsema n batuk atau demam sesekali seolah2 ototnya kejang seakan2 tersedak makanan atau ada benda kt tekak. Dh refer doc n jawapannya akan hilang apbla besar. Apa pandgn doc?
Answer: Berkenaan dengan pergerakan seolah-olah otot kejang -> tidak boleh dikira sebagai sejenis sawan terutama sekali ia hanya berlaku semasa batuk selsema, dan tidak melibatkan hilang kesedaran. Ia mungkin tabiat pergerakannya. Akan tetapi, dengan adanya sejarah sawan dan lambat percakapan, harus dianalisa semula dan dipantau tentang perkembangannya. EEG yang normal tidak semestinya tidak ada apa-apa. Jawapan daripada Pn Yong Ennie (Speech therapist) : Kanak-kanak berumur 4 tahun sepatutnya boleh menggunakan perkataan yang selalu digunakan tanpa masalah. Sekiranya puan mendapati perkembangan/penggunaan bahasa anak berbeza dengan kanak-kanak sebaya yang lain, elok bawa anak untuk mendapatkan penilaian bahasa daripada speech therapist.