[Q&A] Demam dan paracetamol

Question: Anak saya berumur 6 tahun, demam dengan suhu lebih kurang 39 darjah celc. Dia pernah 2-3 kali terkena sawan demam. Saya berikan dia paracetamol mengikut dos 5ml pada jam 7 petang. Malamnya dia terbangun dan tingkahlakunya seperti dia berhalusinasi (tergelak-gelak kecil dan kencing di atas karpet). Dia juga seperti keliru dan konfius. Tetapi suhu badannya ketika itu tidak panas. Lalu saya mandikan dia kemudian dia masuk tidur. Keesokkannya dia tidak ingat langsung tentang peristiwa itu.
Soalan saya:
1) Adakah paracetamol boleh menyebabkan halusinasi? Mengikut pengalaman, anak saya pernah berhalusinasi ketika suhu demamnya tinggi sahaja.
2) Adakah paracetamol cuma menurunkan suhu luar badan sahaja? i.e, suhu dalam badannya masih panas.
3) Adakah halusinasi ketika demam menyebabkan kesan jangka panjang kepada anak?

Terima kasih.

Answer: 1) Paracetamol tidak menyebabkan halusinasi, tetapi demam panas boleh, walaupun tidak rasa panas, kemungkinan suhu badan adalah tinggi. Ada juga ia adalah mimpi berjalan sahaja yang merupakan suatu sleeping disorder, tetapi jika tidak berulang lagi, encik tidak perlu risau. tetapi jika kelakuannya tetap tidak normal, perlu pastikan tiada jangkitan otak – meningitis/encephalitis 2) Paracetamol menurunkan suhu dalam badan. Tiada benda yang dipanggil suhu luar dan suhu dalam. Suhu badan ialah suhu badan. Dengan rasa melalui tangan adalah tidak tepat. Paracetamol akan cuba mengembalikan termostat dalam otak kepada suhu yang biasa. 3) Tiada jangka panjang sekiranya selepas itu tidak berulang lagi. Harus pastikan bukan meningitis ataupun encephalitis.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Demam dan paracetamol”

  1. Lutfatul-Hana Avatar
    Lutfatul-Hana

    Hi.

    Saya nak bertanya. anak pertama saya berumur 3 tahun kerap demam. bila demam suhu selalu tinggi sampaikan dia menggigil. dan pernah warded sbb acute tonsilitis. tapi dalam sebulan 4- 5 kali demam. dia juga sangat susah nak makan. adakah anak saya mengalami masalah yang serius? saya risau sebab keadaan nya semakin teruk