[Q&A] Benjolan

Question: Doktor sy Tanya anak saya lelaki berumur 2 thn.. Pada umur setahun sy telah perasan ada ketulan/benjolan sebesar biji kcg peas di leher kanan anak sy.. Ketulan ini bergerak dn nmpk ketika anak sy memusingkan leher..sy telah membaca brjmp doktor pkar kanak- kanak Dan doktor tersebut menyatakn ianya ketulan brpunca dr jgkitan kuman..Dan akan hlg sndiri.. Dktr tersebut hanya melihat ketulan trsebut pd waktu itu tanpa ada rawatan.. Kini anak sy telah berumur 2 thn ketulan trsebut msh ada ttp tidak membesar.. Apa patut sy buat.

Answer: Puan Nurul, itu adalah lymph node yang dapat dirasakan. Kerana anak masih kecil, kadang-kadang benjolan ini senang dirasai dan biasanya tidak bermakna apa-apa. Ia akan menjadi lebih ketara dan bengkak apabila demam, atau ada jangkitan di sekitar kawasan itu seperti tekak, telinga dan kulit. Sekiranya anak sihat, tidak mempunyai masalah demam berpanjangan, tiada benjolan di ketiak, di kawasan lain, maka tidak perlu risau. Puan juga boleh dapatkan pemeriksaan dan kepastian daripada seorang pakar pediatrik.


Posted

in

by

Tags: