Question: Assalam Doktor, saya nak bertanya. Bayi saya berumur 10 bulan 3 minggu (lahir @ 37 weeks – 2.86kg). Setakat hari ini, dia masih belum boleh duduk. Dia pantas meniarap, bergolek dan ‘combat’ macam askar. Sudah ada ‘standing step’ apabila saya support. Ada cubaan mengangkat punggung. Cuma masih belum duduk. Minta nasihat doktor.
Terima kasih.
Answer: Puan, secara kasarnya bayi patut boleh duduk dengan kurang stabil pada umur 6 bulan dan boleh duduk tegak selepas 9 bulan. Ada yang sedikit lambat, namun harus dipastikan tiada masalah otot dan masalah saraf. Kemampuan untuk bergolek, meniarap dan crawl macam commando adalah tanda ada kemajuan dalam aspek gross motor. Perlu diperiksa kekuatan ototnya, spine, dan keseluruhan sebelum memberikan komen dan kesimpulan. Saya nasihatkan puan membawa anak untuk pemeriksaan sepenuhnya.