Question: Hi Doktor,
Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 bulan. Dia sekarang amat gemar memasukkan jari dan lebih melampau lagi dia boleh memasukkan pergelangan tangan ke dalam mulut. Air liur habis keluar membasahi baju dan tangan. Saya risau jika nanti kukunya akan mencederakan permukaan di dalam mulut dan akan menyebabkan ulser. Maka saya selalu pasti kan kuku dia sentiasa pendek. Apakah sebenarnya punca kepada tabiat ini? Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa anak saya mahu makan solid food.. adakah pendapat ini benar? Minta pendapat doktor pula.. Terima kasih. (Nurul Anida)
Answer: Ya, masuk tangan dalam mulut adalah normal, dan kelakuan biasa. Apabila sudah pandai mencapai objek, dia akan cuba mengenali benda ini dengan masuk ke mulut. Boleh cuba bagi solid food pada umur 6 bulan.