[Q&A] Benjolan

Question: Hi..anak saya berumur 2 bulan…2-3 hari lalu baru perasan ada benjolan di sebelah kiri bawah ketiak anak saya….adakah itu lumph node?anak sy tidak ada demam dan feeding semua ok…benjolan tu dlm ukuran 2×1 cm,setakat ini semua vaksin lengkap dan megikut jadual,jadi perlu kah dirawat or dibiarkan dulu ?
Sekian terima kasih. (Shafiq Shahmi)

Answer: Hi Syafiq, kemungkinan besar masalahnya ialah BCG lymphadenitis, ia adalah kesan dari suntikan BCG semasa lahir yang menyebabkan kelenjar ketiak kiri membengkak. Kebiasaannya, ia akan mengecil dan pulih dengan sendiri sekiranya ia tidak merah atau bernanah. Namun , saya menggalakkan agar pemeriksaan dilakukan oleh doktor dan dipantau sehingga hilang.


Posted

in

by

Tags: