[Q&A] Susah buang air besar

Question: Salam doc..Anak saya berumur 2tahun 2bulan. Anak saya mpunyai masalah untuk membuang air besar setiap hari. Dalam sehari anak saya akan mbuang air besar dalam 3kali. Setiap kali anak saya nak meneran anak saya akan menangis. Kadang-kadang tu najis tak keluar pun. Kadang-kadang juga najis nya tidak lah sebanyak mana. Boleh dikatakan anak saya akan menangis setiap kali hendak mbuang air besar. Saya rasa kesian melihat anak saya meneran sambil menangis. Lagi satu, anak saya susah untuk makan nasi.hanya menyusu sahaja. Saya sebagai ibu jadi risau bila anak tak mahu makan. Bagi pandangan doc apa yg harus saya lakukan. (Nur Afiqah)

Answer: Nur Afiqah , anak anda mengalami masalah sembelit dan perlukan rawatan. Rawatan ubat makan yang diberi untuk beberapa minggu dan pada yang sama habit pemakanan diperbaiki. Perlu minum banyak air, makan makanan yang banyak serat seperti buah dan sayur, kurangkan minum susu jika dia banyak minum susu formula. Tetapi rawatan doktor adalah perlu. Bawa anak berjumpa doktor.


Posted

in

by

Tags: