[Q&A] Pengurusan Demam, Antibodi dan Keperluan Antibiotik

Question: Anak saya berusia 11 bulan baru dihantar ke pusat asuhan kanak – kanak. Semenjak dia dihantar, dia kerap demam. Saya tahu anak – anak yang selsema batuk tetap dihantar ke pusat asuhan maklumlah ibu bapa bekerja mungkin tidak dapat bercuti lama untuk menjaga anak – anak yang tidak sihat. Jika anak – anak demam tetapi aktif, mereka tetap menghantar anak – anak. Masalahnya, anak saya kerap menghidap demam sekitar selang 2 ke 3 minggu. Saya cuba untuk tidak memberi antibiotik tetapi, anak saya demam sehingga 39 ke 40’c dan saya terpaksa membawa anak ke klinik jika berlarutan sehingga 3 hari. Kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik selepas ujian darah jika perlu. Sesetengah doktor terus memberikan antibiotik apabila jangkitan tonsil. Saya seperti tidak punya pilihan selain menghabiskan dos antibiotik yang ditentukan. Adakah cara saya menguruskan demam anak saya betul? Saya takut terlalu kerap memberikan antibiotik mendatangkan masalah kepada anak saya. Saya juga ingin tahu apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan antibodi anak saya. Dia menyusu eksklusif selama 8 bulan dan masih menyusu sehingga kini. Adakah perkara ini berlaku kerana anak saya baru dihantar ke pusat asuhan dan keadaannya akan bertambah baik selepas beberapa bulan. (Farhana)

Answer: Farhana, Kami tidak menggalakkan anda untuk membuat keputusan bertentangan dengan arahan doktor sekiranya anak telahpun diperiksa. Namun , adalah penting untuk berbincang dengan doktor yang merawat samada jangkitan adalah kuman yang kemungkinan virus atau bakteria. Kuman virus kerap menjangkiti kanak kanak dan boleh menyebabkan demam tinggi. Lihat pada simptom lain- batuk , selsema, sakit tekak ( mungkin dari tekak hingga salur pernafasan ), muntah , cirit birit ( dari usus) contohnya. Namun jika ianya ringan , anak aktif , boleh makan dan minum walaupun sedikit terjejas maka itu kemungkinan sekali jangkitan virus dan tidak memerlukan antibiotik. Maka penjagaannya lebih pada mengawal demam dan untuk kuman virus , ia mengambil masa beberapa hari untuk pulih sendiri dlm 3-5 hari.Ubat demam boleh diberikan setiap 6 jam dirumah. Jadi jika simptomnya ringan tapi demam masih tinggi, dan tidak reda dan masih berulang dengan ubat demam, maka pada hari ketiga boleh berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan darah . Namun , jika ada sukar bernafas , nafas berbunyi atau nafas laju, ia mungkin jangkitan yang lebih serius. Ia boleh jadi virus ataupun bakteria maka ini memerlukan antibiotik jika kumannya bakteria. Ini akan ditentukan oleh doktor yang memeriksa. Jadi adalah penting untuk mengenalpasti bilakanh anak anak boleh dirawat di rumat dan bila pentingnya membawa berjumpa doktor. Topik ini telah diterangkan dengan mendalam dalam beberapa artikel kami sebelum ini. Puan boleh rujuk ke search button – dan taip demam , antibiotik . Penerangan lanjut ada di situ.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Pengurusan Demam, Antibodi dan Keperluan Antibiotik”

  1. azie Avatar
    azie

    Salam doc.saya nak bertanya anak saya berumur 1 tahun 6 bulan.hari ini di muntah dah 4 kali.bila dia muntah cuma ketulan susu yang dia minum ..dan sekarang anak saya demam.apa yang patut saya buat doc.