[Q&A] Inperforated anus, jantung lubang dan late bloomers

Question: My daughter 1 tahun 1 bulan. Sejak lahir mengalami inperforates anus. Dah operate semasa 3 bulan. Dan dah buang air normal sekarang. Mempunyai jantung berlubang diantara bilik. Dijadualkan utk operate bila dah 10kg di serdang nanti. Perkembangan anak daya kelihatan lambat. Semasa umur 3 bulan dia boleh meniarap akan tetapi dia nagis dan pusing balik. Sekarang tidak mahu meniarap. Bila saya pusing kan dia akan terlentang semula dah sentiasa baring sahaja. Tangan kaki saya rasa ada kekuatan. Boleh pegang toys. Boleh duduk denagn support. Apabila baring anak tak boleh duduk sendiri. Kaki boleh tendang2 saya tapi bila saya berdirikan dia kurang menolak ke lantai. Semasa baring. Dia sentiasa pegang kaki dengan tangan nya. Gigi atas ada 2 batang bawah 2 batang.
Soalannnya apa perlu saya buat dan dimanakah perlu saya rujuk selain hospital kerajaan. Buat masa harini darah sudah diambil utk ujian pihak hospital. Dan mungkin dicadangkan mri scan . Apa perlua saya bantu anak saya dirumah untuk mempercepatkan proses perkembangan nya. Sekian harap dr dapat bantu. (Shaiful)

Answer: Salam sejahtera En Shaiful, Apabila seorang kanak-kanak mempunyai lebih daripada masalah, kemungkinan besar masalah-masalah ini berhubungkait dalam satu keadaan yang dipanngil sindrom atau association. Maksud saya, kemungkinan besar anak anda mungkin mempunyai suatu penyakit sindrom. Masalah jantung dan imperforate anus boleh digolong dalam beberapa association/sindrom seperti VACTERL, dan lain. Oleh itu, selain daripada anus dan jantung, perkembangan kognitif dan ototsendi juga mungkin terjejas. Saya setuju kelewatan perkembangan ini harus disiasat seterusnya. MRI Scan berguna untuk memastikan struktur otak yang normal kerana jika sebaliknya ia boleh membantutkan perkembangan. Ujian darah untuk masalah enzim/metabolik boleh membantu. Sokongan daripada fisioterapi/pemulihan carakerja(occupational therapy) adalah juga sangat sangat penting. Input daripada pakar genetik dan pakar neurologi kanak-kanak akan berguna. Ini boleh diuruskan oleh pakar pediatrik yang menjaga anak anda. Segala siastan, rawatan sokongan memakan kos tinggi dan masa panjang, dan hospital kerajaan adalah tempat yang tidak akan terlalu menggunakan kos. Pilihan lain termasuk hospital universiti sepert UM, UKM. Kepakaran neurologi ada juga di beberapa hospital swasta di KL.


Posted

in

by

Tags: