Question: hi doktor, pada 18/10/14 anak saya yang berumur 1 tahun 1 minggu mengalami sembelit yang teruk sehingga najisnya berdarah. Anak saya mengalami sembelit selepas saya menukar susu formula. saya telah membawa anak saya ke doktor pakar kanak2 dan dibekalan ubat melembutkan najis dan ubat sapu. semalam(30/10/14), saya perasan lubang dubur anak saya seperti ada benjolan atau kembang.. adakan kesan dari sembelit tempoh hari? atau buasir? (christie)
Answer: Puan Christie, Nampaknya anak anda mempunyai haemorrhoids(buasir) walaupun ini agak jarang berlaku di kalangan kanak-kanak. Ini menandakan anak mempunyai masalah sembelit yang agak serius. Sekiranya najis berdarah dan rasa sakit ini berpanjangan – anak akan jadi phobia kepada buang air besar dan cuba menahan najis dan ini akan menyebabkan masalah sembelit bertambah teruk. Oleh itu, puan perlu membuat tindakan sebegini:- 1) Cuba hilangkan rasa sakit dan benjolan dengan tuaman sejuk, rendam air suam-panas, dan krim boleh membantu. 2) Pemakanan perlu di jamin mempunyai kandungi fiber yang mencukupi ( jumlah fiber sehari – Angka umur + 5 gram fiber. Perlu ubat melembutkan najis (bincang dengan doktor ttg option) dan diberikan secara harian dan tetap, jangan harap akan nampak kesan serta merta tetapi perlu diberi ubat beberapa hari untuk menampakkan kesan. 3) Perlu jumpa doktor semula untuk memastikan tiada masalah yang lebih serius daripada buasir. Ada kemungkinan kecil di mana ia sebenarnya adalah masalah polyp, atau inflammatory bowel disease. Adakah anak puan juga kurus, sentiasa sakit perut, selalu ada ulcer mulut?
Comments
5 responses to “[Q&A] Sembelit dan buasir”
Dr, anak saya juga mengalami sembelit, dan terdapat benjolan di duburnya. Kami telah cuba tukar susu, bagi minum air bnyk2, mkn buah, prune, sayur. tapi anak saya xmo. sy bagi yogurt drink (jenama bliss), die suke minum.. tapi still xder perubahan. Stiap kali nak buang air besar, dier mst menangis smpai bpeluh2 and ada darah sedikit. kita ada bagi serbuk utk lembutkan najis, and probiotik, tapi xder perubahan juga. ada juga sapu krim untuk kecutkan benjolan, tapi pun xder perubahan. apa yang perlu saya lakukan ye? saya risau benjolan akan menjadi lagi besar, dan dier trauma untuk membuang air besar.
Ad x langkah2 mencegah buasir
Ulser dlm mulut tanda ad bausir ker..
krim untuk kecutkan bengkak di dubur ada tak?
Dr, anak saya telah mula makan bubur beberapa bulan lalu dan sekarang umurnya setahun sebulan. Di rumah pengasuh baby saya xnak minum susu dan hanya bubur yang banyak serta air masak atau biskut baby. Setiap kali buang air besar baby akan nangis sekejap dan sy dpati najisnya keras. Tetapi tak selalu najisnya keras. Sekarng sy lihat ada benjolan di duburnya dan sy bawa jumpa dr. Dr mengatakan ini adalah hemmaroid/buasir dan dr ckp x perlu risau krn ia akan kecut sendiri selepas guna krim yg diberi. Sy masih risau krn bayi bolehke mengalami buasir? Semua orang hairan kenapa bayi buasir atau ada yg x kena dengan ususnya? Tapi anak sy makan, tidur & aktif mcm biasa. Najisnya pun dah lembut mcm biasa tapi sewaktu meneran baby sy akan nangis sekejap seolah2 masih sakit di dalam dubur. Adakah ada luka di dalam duburnya? Bilakah benjolan tersebut akan kecut? Sy sgt risau..hrp dr dpt memberikan penerangan..