[Q&A] Anak cepat mengantuk dan mudah tidur

Question: salam doc..anak sy berumur 4 bulan, kuat menyusu dan aktif..tapi sy rasa anak saya terlalu mudah cepat mengantuk dan kerap tidur..pada waktu malam, dia akan tidur pada jam 12 mlm dan akan bangun pada pukul 10pg..sepanjang tempoh tu dia akan berjaga untuk minum susu sebanyak 2-3 kali, kemudian tidur semula dengan sendirinya..apabila bangun pukul 10 pg, selepas mandi dia akan bermain dalam 0.5-1 jam dam tertidur semula selama 2-3 jam..kemudian bangun untuk bermain selama 1-2 jam dan tidur semula selama 1-2 jam..ini berulang sehinggalah waktu tidurnya pada pukul 12 mlm nnt..adakah ini normal untuk perkembangan anak sy? sy bimbang dia kurang berjaga dan waktu untuk dia belajar tentang sekeliling adalah terhad..dia mengalami prolonged jaundice selama 2 bulan dan dalam tempoh tu dia sgt kerap tidur sehingga saya kira dia tidur hampir 24 jam sehari..menyusu pun dalam keadaan mata terpejam..adakah ini habit ini disebabkan prolonged jaundice tersebut?

Answer: Puan Zati, bayi memang lebih tidur daripada orang dewasa. Semasa bayi terjaga, adakah bayi masih lembik dan kurang aktif ataupun sangat cergas? Sekiranya cergas, ia adalah tanda baik. Semasa bayi prolonged jaundice, tentulah sudah diperiksa darah – termasuk Thyroid function test ? Adakah ia normal ? Ini kerana bayi yang kurang aktif mungkin disebabkan oleh kurang tiroid hormon. Walaupun tidur banyak, bayi harus diberi susu setiap 3-4 jam, dan kencing sekurang2nya 5 kali sehari. Sekiranya beratnya meningkat mengikut umurnya maka itu juga adalah tanda yang baik. Bayi pada umur 4 bulan, sepatutnya telahpun diperiksa di klinik kesihatan semasa diberi imunisasi. Adakah ‘development milestones’ selari dengan umurnya ? – sekiranya perkembangan adalah normal maka sememangnya bayi memangpun ada berkembang dalam keupayaannya walaupun banyak tidur. Ini adalah purata masa tidur untuk kanak-kanak < umur 2 bulan : 14-18 jam sehari 3- 11 bulan : 12-16 jam 1- 3 tahun : 12-14 jam


Posted

in

by

Tags: