Question: Hi doctor.. anak saya mengalami cirit birit hampir 2 minggu. 1st week, sy membawa baby ke clinic dan doktor telah memberi ubat cirit birit (seperti ubat gastric org dewasa). Namun begitu, ade beberapa artikel rujukan saya, menyatakan bahawa baby tidak perlu diberikan ubat cirit birit. Adakah ianya benar?
Sehingga kini, cirit biritnya masih belum pulih. Najisnya bewarna kuning dan cair sehingga menembus diapers nya. Apabila baby mengeluarkan angin, sekaligus akan mengeluarkan najis yang cair. Harap doktor dapat memberi penjelesan kepada saya. Terima kasih. (Yanie Rani)
Answer: Yanie, saya memerlukan beberapa info lain untuk menjawab soalan ini memandangkan saya tidak dapat memeriksanya dan bertanya lebih lanjut. Berapa umur anak ? 1) Adakah dia sihat selain dari cirit birit. Muntah , demam ? 2) Bagaimanakah selera minum? 3) Apakah dietnya – susu badan , susus formula atau sudah diberi makan? 4) adakah cirit birit tersebut semakin teruk berbanding awalnya atau semakin kurang ? Dalam mengendalikan bayi yang cirit birit , perkara utama ialah memastikan dia aktif dan tidak mengalami dehidrasi. Maksudnya , masih boleh minum , kencing banyak , jika menangis, ada air mata dan tidak kering . Ada sesetengah bayi mengalami secondary lactose intolerance di mana , ususnya tidak dapat menerima susu disebabkan masalah cirit berlarutan menghakis permukaan usus untuk penyerapan . Boleh diberikan susu tanpa laktosa (lactose free milk) dalam tempoh 2-3 minggu sehingga permukaan usus pulih semula dan kemudian bertukar ke susu asal. bayi yang mengalami masalah ini tidak lagi demam, muntah jika ini berlaku di awal cirit birit . Mereka aktif seperti biasa cuma mengalami cirit yang tidak lagi sembuh sepenuhnya.
Comments
One response to “[Q&A] Anak cirit birit berlanjutan sehingga 2 minggu”
q:doc,anak sya seorang perempuan berusia 3 tahn 7 blan mengalami cirit birit yang teruk bermula 25/10/2014 sya telah x bagi dia minum sebarang susu dan makanan yang berunsurkan coklat dalam masa 2 minggu. dalm masa 2 mngu tersebut dia langsung tidak mengalami cirit birit dan sya mula memberikan susu formula kemablai kepada beliau, dan beliau kembali cirit birit kekerapan 4-5 kali bergantung kepa jumlah susu yang di minum. najis beliau berwarna kuning dan berair. sya telah membawa ke klinik seteleh masalah berlarutan dan doctor menyarankan supaya minum susu tanpa laktosa. lebih kurang 2 minggu beliau minum susu tanpa laktosa.semalam 17/11/2014 saya kemabli memberikan susu formula biasa (jenama anmum) kepada beliau dan beliau kembali mengalami cirit birit. walaupun mengalami cirit birit dan diberhentikan sementara minum susu belaiu tetap makan dan minum seperti biasa dan aktif.najis beliau berwarna kuning cair dan kadang kadang hijau seperti berlendir. harap doctor dapat memberikan penjelasan