Question: Saya ingin bertanya berkenaan kesihatan bayi yang minum susu ibu sepenuhnya.
Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 bulan, sepenuhnya disusukan dengan susu ibu. Setiap hari saya akan bekalkan susu ibu (frozen + chilled breastmilk atau fully chilled breastmilk)ke nurseri. Anak saya juga sudah diberikan solid food ketika berumur 5bulan setengah.
Anak saya sering demam. Hampir setiap bulan anak saya akan demam/selsema/batuk. Baru-baru ini, anak saya mengalami demam virus. batuk dan selsemanya masih belum baik sepenuhnya. Selepas baik dari demam, beratnya hanya 6.9kg. Buat pengetahuan doktor, saya juga seorang yang kurus dengan bmi hanya 18.
Persoalan saya:
- Adakah susu saya tidak cukup berkualiti?
- Bukankah anak yang diberi susu ibu akan lebih sihat?
Answer: Puan, Jangan rasa bersalah, susu ibu adalah sangat baik. kekerapan anak jatuh sakit tidak boleh dikaitkan dengan susu ibu, tetapi harus lihat pada faktor lain. Bagaimana dengan persekitarannya, bagaimana dengan pergaulan dengan kanak-kanak lain ? Nurseri mungkin terlalu ramai dengan budak yang ada jangkitan kuman. Bisanaya, kanak-kanak yang pergi nurseri kerap kena jangkitan virus, walaupun tidak serius. Sebenarya, untuk demam selsema biasa kanak, ia boleh berlaku sampai 8 kali setahun. Kita juga harus pastikan bahawa anak tidak mempunyai penyakit lain, mempunyai daya tahan yang normal. Sekiranya musykil, sila bawa jumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan yang terperinci.