[Q&A] Ulcer mulut

Question: hi doc, anak saya berumur 7 bulan.sya daoati terdapat ulcer di dalam mulutnya,specificly di bahagian tekak.apakah rawatan terbaik untuk mengubatinya?adakah anak saya terkena penyakit kaki,tangan dan mulut? (Aina)

Answer: Adakah anak kurang menyusu semenjak ada ulcer? Terlebih dahulu, bagaimana puan dapat kesannya dan pastikah ia adalah ulcer. Ada ubatan sapu dan spray yang boleh membantu untuk membantu healing process dan relief. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan virus, harus perhatikan sama ada ia bertambah baik atau semakin teruk sehingga menyebabkan demam, semakin banyak ulcer, mulut berbau dan kurang minum. Sekiranya ini berlaku – harus jumpa doktor. Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah diagnosis secara klinikal di mana terdapat ulcer vesicles di bibir,dalam mulut dan juga ruam/vesicle pada kaki dan tangan. Jika hanya di mulut, kemungkinan adalah kecil. Terutama sekali jika tiada contact dengan kanak-kanak/orang lain yang terjangkit. Puan, untuk memastikan anak tidak mempunyai tanda dan masalah lain, sila bawa anak untuk diperiksa oleh doktor secara menyeluruh. ( HFMD adalah disebabkan oleh virus, biasanya adalah virus seperti coxsackie virus, enterovirus, yang dipindahkan kepada orang lain melalui fecal oral route, iaitu virus keluar dari najis pesakit, dan makanan, tersentuh benda-benda yang dicemar oleh unsur najis. Biasanya ia jadi pada kanak-kanak maka senang dijangkit diantara budak-budak sekolah./taska. Ia biasanya menyebabkan penyakit ringan dengan demam biasa, ulcer mulut, ruam pada kaki dan tangan. boleh menyebabkan kurang minum dan dehidrasi kerana sakit mulut. Segelintir kecil akan dapt komplikasi seperti meningitis (otak) dan myocarditis(jantung) yang boleh membahayakan. Kebersihan ruman dijaga dengan baik. Jauhkan anak daripada pergi ke sekolah jika terjangkit, dan pihat taska harus memastikan tiada kanak-kanak yang demam, sakit dengan ruam badan harus datang sekolah. )


Posted

in

by

Tags:

Comments

3 responses to “[Q&A] Ulcer mulut”

  1. Aishah Avatar
    Aishah

    Salam doktor, anak saya baru umur 4 bulan. saya baru perasan ada bekas putih2 dalam mulut die.then bile jumpe doktor die ckp ulser n diberi ubat sapu.

    Boleh saya tahu adakah kerana saya makan jamu2 menyebabkan anak saya ulcer?saya makan makjun kebelakangan ini.

    Atau adakah disebabkan die kurang minum susu di tempat asuhan di waktu pagi?

    Mnta penjelasan. terima kasih doktor

  2. aishah Avatar
    aishah

    Salam doc..anak sy 1yr 7mo baru saje kena tgn, kaki n mulut (HFMD) yang bjangkit drpd kanak2 di tmpt asuhan.sy dh bwk dia bjmpe dgn doc utk rawatan.cume sy nk tahu apekah makanan ssuai yg boleh di beri kn kpd dia..mmg sgt sakit sbb stiap kali dia mkn dia akan menangis..terima kasih..

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Aishah, memang dengan adanya ulcer , anak akan kurang makan kerana sakit. Apa yang lebih penting ialah memastikan anak diberikan cecair agar ia tidak megalami dehidrasi. Cecair di sini bukanlah air kosong sahaja, malah apa sahaja e.g sup, susu dan sebagainya. Boleh juga memberikan makanan seperti agar agar (yang sejuk jika tiada masalah seperti asthma apabila makan makanan sejuk) atau bubur. Makanan boleh diberikan sedikit demi sedikit tetapi kerap.