[Q&A] Kebaikan susu badam?

Question: hi doctors,
soalan sy…anak sy sejak dr umurnya 4bulan sudah minm formula milk and they refuse to breastfeed actually..sy nk tanya, jika sy tukar susu formula sekarang kepada susu badam yg dibuat sendiri dirumah, adakah sesuai atau tidak untuk ank2 sy yg berusia 2y7mo and 1y4mo…dan bolehkan doktor perincikan kebaikan susu badam..bolehkah sy bergantung sepenuhnya pada susu badam tersebut untuk pelengkap nutrisi seperti susu formula yg terdapat dipasaran sekarang..??thanks doctors… (Nur Nadiah)

Answer: Untuk kanak yang berumur setahun keatas, banyak jenis minuman boleh diberi termasukla susu badam. Namun, adakah ia sesuai sebagai pelengkap nutrisi? Kami sangat mengenali produk produk susu formula di sana dimana kami yakin sesuai untuk memenuhi keperluan nutrisi, namun susu badam masih suatu konsep alternatif baru dan kami dalam bidang pediatrik bukan sangat arif. Kami harap pakar nutrisi kami boleh memberikan pencerahan yang lebih. Namun, pendapat asas kami ialah mengapa kita hendak mencari alternatif sekiranya susu formula biasa adalah sesuai?


Posted

in

by

Tags: