[Q&A] Anak 15 bulan suka menggigit

Question: Salam Doktor, Anak saya berusia 15 bulan sangat suka menggigit saya dan suami sekuat nya sehingga sy menjerit kesakitan. Kelakuan tersebut berlaku secara random di saat dia geram kemahuan nya tidak diikuti mahupun ketika bermain bersama (ketika gembira). Apa yg patut saya lakukan untuk menangani hal tersebut ye doktor? Many thanks in advance. (Nana)

Answer: Salam, Perkara ini sangat biasa berlaku, gigit atau pukul mereka yang rapat apabila anak sedang mengalami emosi yang kuat seperti terlalu excited, atau marah. Ini adalah salah satu cara untuk anak menyampaikan emosi dan perasaannya – terutama kepada orang yang terdekat. Cuba perhatikan apa respon ibubapa bila anak gigit? Menjerit? atau marah? Apa emosi yang ditunjukkan? Adakah anak gembira atau terhibur dengan reaksi anda? Sekiranya ya, ibubapa boleh mengubah reaksi mereka. Cuba beritau yang anda kesakitan – dengan percakapan dan juga body language – mimik muka. Namun, janganlah sampai anda menyebabkan anak berasa bersalah atau humiliated. Cuba tunjukkan cara lain untuk menunjukkan emosi – seperti cium ibu/bapa jika excited. Dan, cuba perhatikan juga cara ibubapa bermain dengan anak – adakah ibubapa suka mengigit anak sebab geram anak comel sangat? Anak akan mengikut (modelling) apa yang kita lakukan. Umur 15 bulan – juga masa dimana gigi akan tumbuh. Adakah gigi/ gusi anak tidak selesa hingga dia suka menggigit? (Dr Harlina)


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Anak 15 bulan suka menggigit”

  1. Muhammad Shah Avatar
    Muhammad Shah

    Assalamu’alaikum,

    Doktor,

    Isteri saya merupakan pengendali sebuah tadika. Ada di kalangan murid yang berusia 5 tahun.

    Antara sikapnya adalah seperti berikut:
    1. Beliau sering menggigit rakan-rakannya.
    2. Beliau sering mengganggu, memukul, menendang kawannya
    3. Di dalam kelas, beliau tidak akan duduk diam, dan akan berjalan di atas meja, mengoyakkan kertas kerja kawan.
    4. Mencampak selipar dan barang kawan2 ke luar dan ke rumah jiran.

    Berdasarkan bual bicara dengan ibu bapa, beliau dahulu sering dimanjakan oleh pengasuh dan menonton Ultraman. Beliau juga diberitakan akan menolak adik dan menggigit adiknya yang berusia 7 bulan.

    Antara cadangan ibubapa beliau ialah untuk menggugut murid itu untuk dikurung di dalam tandas, sepertimana yang dilakukan oleh ibu bapa mereka di rumah.

    Apa pandangan doktor terhadap situasi ini? Adakah kes ini perlu dirujuk kepada pakar?

    Terima kasih