[Q&A] Tumbuh gigi geraham seawal usia 6 bulan

Question: Adakah keadaan ini normal apabila anak saya yang berusia 6 bulan sudahmula tumbuh gigi geraham atas?jika tidak, apakah kesan terhadap perkembangan pertumbuhan anak saya? (Nor Ain Mislan)

Answer: Puan, Secara normal gigi geraham desidus mula tumbuh ke dalam mulut apabila kanak-kanak mencapai usia 12 bulan, dan kesemua gigi geraham (8 batang) akan selesai tumbuh apabila kanak-kanak berusia 36 bulan. Gigi desidus yang sering tumbuh awal adalah gigi kacip dirahang bawah (gigi natal). Gigi geraham desidus jarang tumbuh awal dan sekiranya ianya berlaku, puan dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor gigi untuk menentukan samada gigi geraham tersebut adalah normal dari segi pembentukannya. Sekiranya, gigi tersebut adalah normal, puan hanya perlu menjaga kesihatan gigi anak seperti biasa untuk mengelakkan kerosakan gigi. Walaupun jarang, ada diantara kanak-kanak yang mempunyai masalah setempat pertumbuhan pergigian atau masalah perubatan seperti hyperthyroidism yang boleh mengakibatkan gigi tumbuh awal (premature tooth eruption). Oleh demikian, pemeriksaan oleh doktor pergigian dan pengamal perubatan disarankan untuk menentukan samada pertumbuhan gigi awal adalah tanda yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Dr Kalai


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Tumbuh gigi geraham seawal usia 6 bulan”

  1. siti noorashikin bt mohd tahir Avatar
    siti noorashikin bt mohd tahir

    Assalamualaikum doc,

    Anak saya berusia 1 tahun 4 bulan dan baru-baru ini saya dapati bahawa gigi geraham atas(2 batang-kiri&kanan) serta geraham bawah (1 batang) telah tumbuh dan ini menyebabkan anak saya demam serta merengek kesakitan.adalah pertumbuhan gigi anak saya ini dianggap normal?