[Q&A] Boleh tak kalau saya nak minta doktor beri penerangan lanjut mengenai HFMD?

Question: salam,
boleh tak kalau saya nak minta doktor beri penerangan lanjut mengenai HFMD? anak saya mendapat jangkitan HFMD, tp alhamdulillah sudah pulih sepenuhnya. Banyak artikel, malah paed anak saya mengesyaki punca HFMD adalah jangkitan dari nursery, tapi kalau boleh saya mahu memahami lebih lanjut punca HFMD, dan apa yang saya boleh lakukan di rumah untuk mengelakkan jangkitan ini berulang.
terima kasih.

Answer: HFMD adalah disebabkan oleh virus, biasanya adalah virus seperti coxsackie virus, enterovirus, yang dipindahkan kepada orang lain melalui fecal oral route, iaitu virus keluar dari najis pesakit, dan makanan, tersentuh benda-benda yang dicemar oleh unsur najis. Biasanya ia jadi pada kanak-kanak maka senang dijangkit diantara budak-budak sekolah./taska. Ia biasanya menyebabkan penyakit ringan dengan demam biasa, ulcer mulut, ruam pada kaki dan tangan. boleh menyebabkan kurang minum dan dehidrasi kerana sakit mulut.
Segelintir kecil akan dapt komplikasi seperti meningitis (otak) dan myocarditis(jantung) yang boleh membahayakan.
Kebersihan ruman dijaga dengan baik. Jauhkan anak daripada pergi ke sekolah jika terjangkit, dan pihat taska harus memastikan tiada kanak-kanak yang demam, sakit dengan ruam badan harus datang sekolah.


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Boleh tak kalau saya nak minta doktor beri penerangan lanjut mengenai HFMD?”

  1. akmar Avatar
    akmar

    as salam dr.anak sy baru 7bulan.baru2ni dia kne cirit birit dan agk cair.satu hr blh dikatakn dkt 5-8kali.sy dh pg ke klinik dn dpt ubat air dgn air garam.keadaan menyebabkn punggung melecet dn menangis.baby xde mslh mkn dgn minum kerana dia masih hndk mkn dn minum wlupun cirit.adakag birit.ada

  2. Firdaus Avatar
    Firdaus

    Assalamualaikum. Bagaimana hendak mengenali simptom HFMD?