[Q&A] Pertanyaan common tentang kanak-kanak

Question: assalamualaikum Dr,
1. Adakah kemungkinan untuk anak saya mewarisi genetik saya yg pernah menghidapi sawan/epilepsi semasa bayi? Semasa bayi setiap kali demam sy akan sawan, sawan ni bermula pada usia 8bulan, menurut ibu, sy pernah di ambil air tulang belakang semasa bayi.
2. Anak sy berusia 8bulan dan tidak pernah demam walaupun selepas mendapat suntikan vaksinasi di klinik, betul ke apabila dia demam nanti akan demam teruk??
3. Testis anak sy ada 2, cuma kadang2 sy tgk scrotum testis mcm labuh sebelah. Normal ke?

Answer: 1. Sawan demam memang boleh diwarisi. Demam sawan tidak patut jadi lagi selepas 6 tahun.
2. Tidak boleh membuat ramalan yang tepat. Demam teruk jadi bila kena jangkitan kuman teruk.
3. Macam labuh sebelah, adakah puan maksudkan yang ia bengkak? cuba ambil foto bila labuh, dan tunjukkan kepada doktor. Kalau bengkak testis jadi kadang-kadang mungkin adalah kerana hernia /angin pasang. Sila dapatkan pemeriksaan doktor


Posted

in

by

Tags:

Comments

4 responses to “[Q&A] Pertanyaan common tentang kanak-kanak”

  1. farah Avatar
    farah

    Hi.. miconazole cream sama tak dengan ketozol cream? Sbb sy pergi farmasi mereka bagi ubat ini untuk panau.

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Jenis lain tapi juga ubat untuk panau. Boleh guna ketozol cream .

  2. farah Avatar
    farah

    Salam..macam mana nak hilangkan panau…my niece dekat pipi ada panau..kami sudah ke klinic tp still tak hilang..hrp doktor budak dpt mbantu..

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Sekiranya ia memang panau , ia boleh diubati dengan menggunakan ubat antifungal – miconazole cream