[Q&A] Pertanyaan tentang Maltodextrin

Question: Salam doktor, saya ingin bertanya pandangan doktor tentang Maltodextrin?..adakah benar Maltodextrin sifatnya menyah nutrien dalam badan manusia?.. adakah Maltodextrin akan buat anak sentiasa lapar? Boleh doktor explain secara detail pasal Maltodextrin?..merbahaya atau tidak..dalam susu fm pun ada Maltodextrin.. salah atau tidak kita bagi susu fm y ada kandungan Maltodextrin?
Terima kasih doktor.

Answer: susu seperti lactose-free mungkin mengandungi peratusan maltodextrin yang tinggi kerana ia adalah sumber tenaga/karbohidrat tanpa membabitkan laktosa. Kita akan mendapatkan pendapat terperinci daripada nutritionist kami berkaitan dengan maltodextrin.Ada pertikaian mengenai penggunaan corn syrup dalam susu formula, namun maltodextrin masih mempunyai peranannya. Jangan berasa bersalah ataupun terlalu risau yang puan akan memberi susu yang salah. Kami harap dapat memberikan jawapan yang lebih terperinci.


Posted

in

by

Tags: