[Q&A] Bagaimana cara utk mengatasi masalah anak yang kerap menangis tanpa kita tahu apa sebabnya?

Question: Hi Dr,
Saya ingin mendapatkan pandangan dan nasihat drpd Dr, bagaimana cara utk mengatasi masalah anak yang kerap menangis tanpa kita tahu apa sebabnya, biasanya anak saya akan menangis ketika tengah malam. Anak saya akan sedar, bagi susu pun dia tidak mahu.Anak saya berumur 1 thn 5 bln. Seorang bayi lelaki. Apabila anak saya menangis, susah untuk dihentikan, dan membuatkan saya jadi tertekan.

Answer: anak menangis boleh disebabkan oleh 1) kelaparan 2) perlu tukar lampin 3) demam, tidak selesa, sakit 3) suhu bilik 4) overstimulated 5) colic/perut kembung tetapi ini tidak biasa pada budak umur 1tahun
– adakah suasana bilik yang tidur tidak sesuai, bising, terlalu panas, sejuk ?
– sekiranya ini berterusan,dapatkan pemeriksaan doktor untuk mendapat kepastian,
Saya tahu memang akan jadi ‘frustrated’ dan marah apabila anak menangis tak henti-henti, jangan goncang anak, dan sekiranya tidak boleh tahan, biarkan anak dalam kot yang selamat dan minta orang lain jaga sekejap, tinggalkan anak di bilik yang gelap dan puan rehat di luar sebentar.


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “[Q&A] Bagaimana cara utk mengatasi masalah anak yang kerap menangis tanpa kita tahu apa sebabnya?”

  1. Akmal Avatar
    Akmal

    Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

    Dr,
    Saya mempunyai anak yang berusia 4 bulan, sejak akhir-akhir ini anak kami kerap menangis semasa ibunya ingin menyusukan dan tangisan berterusan tanpa menghisap susu sehingga ada kalanya sampai anak kami tidur tanpa minum susu.
    Soalan kami, bagaimana untuk memastikan atau cara bagi mengenalpasti permasalahan ini? Mohon kerjasama dari Dr.
    Terima kasih atas keperihatinan Dr. Kami hargai.