Tanda lahir “Port Wine Stain”

Q: Apakah itu “Port Wine Stain”?

A: “Port Wine Stain” adalah tanda lahir yang merupakan saluran darah di dalam kulit. Ia melibatkan 1 dalam 3000 bayi. Tanda tersebut adalah rata dan kelihatan kemerahan atau keunguan, dan boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan. Ia dapat diperhatikan sejak lahir dan akan berterusan sepanjang hayat.

portwine

Kenapa “Port Wine Stain” terjadi?

“Port Wine Stain” berlaku disebabkan masalah semasa pembentukan saluran darah di dalam kulit semasa perkembangan janin di dalam kandungan ibu lagi.  Ia bukan sesuatu yang diwarisi daripada ibu atau ayah dan ia juga tidak berkaitan dengan apa-apa yang terjadi semasa ibu mengandung. Ibubapa tidak harus rasa bersalah atau bertanggungjawab.

Adakah “Port Wine Stain” akan berubah apabila umur semakin meningkat?

Ya. Pada waktu bayi dan kanak-kanak masih muda lagi, “Port Wine Stain” adalah rata dan warna merah jambu. Apabila umur semakin meningkat, ia bertukar menjadi warna keunguan, bertambah tebal (gambar B) dan boleh membentuk biji-biji ketulan di permukaannya (gambar A). Dengan itu, rawatan perlu diberikan untuk mengelakkan perubahan-perubahan tersebut.

Screenshot 2014-04-25 17.03.09

Adakah “port Wine Stain” berkait dengan masalah-masalah lain?

Kebanyakan “Port Wine Stain” tidak berkait dengan penyakit-penyakit lain

Kanak-kanak dengan “Port Wine Stain” pada bahagian berdekatan dengan atau keliling mata boleh mendapat penyakit mata bernama “glaucoma”.  “Glaucoma” berpotensi memudaratkan penglihatan sekiranya rawatan dilambatkan. Dengan itu, mereka patut dirujuk kepada doctor pakar  mata agar “glaucoma” dapat dikesan dan rawatan yang sepatutnya boleh diberi.

“Port Wine Stain” di bahagian kepala dan/atau dahi berkemungkinan berkait rapat dengan saluran darah yang tidak normal di bahagian dalaman otak, dikenali sebagai “Sturge Weber Syndrome”. MRI otak perlu dilaksanakan untuk mengesan masalah ini. Mereka sering mengalami penyakit sawan yang sukar dikawal dan perlu dirujuk kepada pakar pediatrik neurologi untuk nasihat dan rawatan susulan seterusnya.

portwine4 portwine5

“Port Wine Stain” yang besar pada tangan atau kaki kadang-kala dikaitkan dengan penyakit yang dikenali sebagai “Klippel Trenaunay Syndrome”.  Penyakit ini melibatkan saluran darah “venous” dan/atau limfa yang tidak normal di bahagian dalaman kaki/tangan, yang menyebabkan pembesaran bahagian tangan/kaki tersebut.  Kanak-kanak “Klippel Trenaunay Syndrome” menghadapi komplikasi-komplikasi yang spesifik, dengan itu mereka memerlukan pemantauan oleh pakar dermatologi.

Screenshot 2014-04-25 17.00.31

Apakah kesan psikologi?

“Port Wine Stain” boleh memberi kesan psikologi kerana ia sering terjadi di bahagian yang mudah dilihat seperti di bahagian muka. Ia lebih teruk apabila budak-budak ini mula bersekolah. Mereka sering diejek oleh rakan-rakan dan ini boleh menyebabkan mereka berasa sedih, hilang keyakinan diri dan sering mengelakkan sekolah. Jika isu-isu wujud, mereka boleh dirujuk kepada pakar psikologi untuk bimbingan dan terapi selanjutnya.

Apakah rawatan yang ada?

Laser terapi (“pulsed dye laser”) merupakan rawatan yang paling berkesan.

Bagaimana laser berfungsi? 

Laser menghasilkan pancaran  lampu yang kuat yang boleh sasar tisu yang spesifik dalam badan. Lampu kuning dalam “pulsed dye laser” akan diserap oleh haemoglobin dalam sel darah merah dalam “Port Wine Stain” menghasilkan kerosakan haba pada sasaran salur darah.  Ketepatan pancaran laser dan pendedahan masa yang singkat (kurang dari sesaat) bermaksud walaupun salur darah pada “Port Wine Stain” dirawat, tisu-tisu di sekeliling tidak terjejas. Dengan itu, risiko untuk meninggalkan parut menggunakan laser adalah hampir tidak wujud.

Golongan pesakit mana yang akan respon kepada rawatan?

Majoriti pesakit dengan “Port Wine Stain” akan bermanfaat dengan rawatan “pulsed dye laser”. Respon adalah berbeza dari menjadikan kemerahan pada “Port Wine Stain” lebih pudar dan kurang ketara, atau kehilangan seratus peratus pada sesetengah pesakit. Ada segelintir “Port Wine Stain” yang tidak respon kepada laser. Sehingga kini, pengalaman telah menunjukkan bahawa “pulsed dye laser” merupakan satu cara rawatan yang efektif  dan selamat digunakan. Terdapat beberapa bukti menunjukkan yang rawatan ini menhasilkan respon yang lebih baik di kalangan kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun berbanding dengan orang dewasa.  Ini mungkin disebabkan warna merah jambu, saiz “Port Wine Stain” yang lebih kecil, kedalaman dan ketebalan yang kurang dan salur darah yang lebih kecil.

Bagaimana rawatan laser dilakukan?

Rawatan laser dilakukan sebagai rawatan harian. Kebanyakan mereka memerlukan ubat tidur. Segelintir budak yang lebih besar dan boleh memberi kerjasama tidak memerlukan ubatan. Nombor sesi yang diperlukan oleh sesorang adalah berbeza. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai tanda lahir pada muka.

Apakah yang berlaku selepas rawatan?

Selepas rawatan laser, lebam-lebam akan kelihatan dan bahagian tersebut akan menjadi sedikit bengkak. Ini semua akan berkurangan dan seminggu dua.  Warna bahagian rawatan akan beransur semakin pudar sehingga dua bulan. Dengan itu, rawatan laser dijadualkan setiap 2-3 bulan. Kadar penyembuhan dan pembaikan setiap orang berbeza. Majoriti memerlukan beberapa sesi.

portwine7Screenshot 2014-04-25 17.00.55

Gambar-gambar menunjukkan  “Port Wine Stain” sebelum dan selepas rawatan “pulsed dye laser”.

( written by Dr Aileen Wee )

 

 


Posted

in

,

by

Comments

One response to “Tanda lahir “Port Wine Stain””

  1. Dr Aileen Avatar
    Dr Aileen

    *comment notification *