[Q&A] Masalah pemakanan

Question: Doktor.. Anak saya umur 7 bulan dan sjrg ni mkn semi solid food ( puree ) sehari sekali. Anak saya minum susu kurang skrg ni.. Sehari (24 jam ) dia cuma minum susu sebanyak 24 oz saja ( 6 oz X 4 kali saja dalam sehari) . Saya risau. Adakah normal n doktor blh tak bg tips pemakanan n minum susu sehari banyak mana? Bulan 5 dan 6 berat bdn anak saya tidak naik. Saya introduce mkn puree di usia 5 bulan setengah. Saya risau berat badan dia tidak naik dan saya rasa dia makin ringan. Adakah ini normal? Doktor adakah anak saya akan continues akn mcm tu. Apabila beri puree oun dia x minat mkn. Tlg saya dr

Answer: Puan , sudahkah puan membaca artikel yang telah ditulis oleh Dr. Pravin tentang topik ini? Ada juga artikel tentang anak tidak mahu makan oleh dr Foo. Guna search button seperti yang telah diterangkan di bahagian atas section ask a question.
Selain dari pada itu , adalah wajar untuk dapatkan pemeriksaan doktor kerana berat badan tidak naik bukan sahaja disebabkan oleh pemakanan tetapi faktor-faktor lain contohnya jika ada penyakit yang belum dikenalpasti.


Posted

in

by

Tags: