[Q&A] Pertanyaan tentang perkembangan anak

Question: Salam doktor, saya bersalin 34 minggu. Anak sy berat 1.87kg. Sy hendak bertanya tentang perkembangan anak. Sy risau sgt jika perkembangan bayi sy lambat kerana faktor dia lahir berat rendah dan 34 minggu. Bleh doktor bantu sy apa yg perlu sy buat utk galakkan perkembangan nye. Apabila sy merujuk baby milestones chart sy tgk ada yg sudah bleh buat ada yang masih belum. Sy risau jika perkembangan nye lambat. Skrg bayi baru satu bulan lebih dan berat 3.5kg. Perkembangan fizikal nya nanti adakah ok doktor? Diharap doktor dpt membantu motivate sy. Tq

Answer: Perkembangan bayi adalah satu yang semulajadi. Tidak perlu dibuat apa apa. Jangan diberi walker atau bagi duduk sebelum dia bersedia. Memandangakan anak lahir 34 minggu , perlu tolak 6 minggu dari umurnya setiap kali. Contoh sekarang 6 bulan , tetai sebenarnya dia baru 4 bulan setengah . perkembangannya perlu berdasarkan umur sebenar yang telah ditolak. Saya tidak tahu samada perkembangannya akan ok atau tidak memandangkan saya tidak pernah melihatnya . Pemantauan boleh dibuat di klinik kesihatan semasa check up dan oleh puan sendiri di rumah. Sekiranya ada masalah , berjumpa dengan doktor.


Posted

in

by

Tags: