Q: Saya mahu merancang khatan untuk anak saya yang berumur 3 tahun. Saya ingin bertanya sama ada sesuai untuk kanak-kanak menjalankan khatan lebih awal iaitu bermula pada umur hari ke-7. Bagaimana saya tahu samada bayi itu sesuai untuk menjalani khatan ? Bagaimana pula dengan teknik-teknik berkhatan, yang manakah sesuai dan digunapakai? Harap dapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai topik ini. (SN)
A: Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan hukum sunat pada wanita. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu. Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ke tujuh oleh Abdul Mutalib.
Dari aspek kesihatan, berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak, mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar, mengurang risiko kanser cervix pada pasangan dan juga baik dari aspek kebersihan.
Teknik khatan
1) Kaedah Konvensional – jahitan
Setelah ubat bius diberi, bukaan pada kulit kepala zakar (prepuce) akan dibesarkan untuk membolehkan kepala zakar dicuci. Khatan boleh dibuat seterusnya dan luka khatan biasanya memerlukan balutan serta ‘dressing’ perlu dilakukan pada setiap hari sehingga sembuh.
2) Kaedah ‘clamp method’
Terdapat pelbagai jenis alat clamp di pasaran. Secara ringkasnya, alat ini digunakan semasa proses khatan dan kebanyakan model memerlukan anak anda datang semula untuk membuka alat clamp selepas seminggu berkhatan. Ini bermaksud, anak anda perlu menjalani suntikan ubat bius setempat sebanyak 2 kali (semasa khatan pertama dan ketika membuka clamp).
Komplikasi lazim berkaitan alat clamp termasuklah infeksi, pendarahan, kegagalan untuk membuka alat clamp.
3) Kaedah ‘Sutureless Circumcision’
Kaedah ini adalah kaedah khatan tanpa memerlukan jahitan. Khatan dilakukan menggunakan alat ‘cautery’ dan sesudah itu ‘Tissue glue @ gam’ akan disapu pada luka selepas proses khatan. Tissue glue yg digunakan (octyl cyanoacrylate) adalah kalis air dan mempunyai kandungan antibiotik untuk melindungi luka tersebut.
Komplikasi yg kadang-kadang berlaku adalah pendarahan kecil.
Masyarakat umum meminta berkhatan dengan menggunakan ‘laser’. Sepanjang pengetahuan saya, mesin ‘carbon dioxide laser’ yg digunakan khas untuk tujuan khatan HANYA ADA DI SINGAPURA.
Klinik – klinik yang mempromosi penggunaan laser di Malaysia sebenarnya hanyalah menggunakan alat pembedahan ‘cautery’, iaitu pemotongan tisu dengan elemen haba.
Namun begitu, ada sesetengah masalah di mana khatan tidak boleh dilakukan secara biasa:
1) Hypospadias
– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.
2) Buried penis
– lazim berlaku pada anak anak yg obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .
3) Congenital megaprepuce
– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan
Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, saya secara peribadi merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ke tujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna. Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan. Saya akui tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran, ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi.
Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.
(rujukan – http://www.circinfo.com/benefits/bmc.html)
_________________________________
This is the first article by Dr Syariz Izy Sehat. He is a paediatric surgeon and we are indeed proud to have him on the team of DoktorBudak.
Comments
59 responses to “Soalan tentang KHATAN ( Circumcision ) dijawab oleh Pakar Bedah Kanak-Kanak”
assalamualaikum doc, anak saya lelaki,10 bulan mengalami kencing kotor, mak cik sy suggest untuk sunat kn dia sbb takot kencing kotornya datang semula.sbb ada sejarah sedare sy kencing kotor sampai bernanah.. benarkah pandangan nye doc? anak sy agak semangat 9.5 kg n bird nye agak kecik..boleh ke disunatkan.
assalammualaikum doktor…sy ingin bertanye,apa kh hukom jika seorang ank perempuan yg umor nye sudah melebihi 3taon,tp msh blom berkhatan..dan sy jge ingin bertanye ada kah klnk swasta yg bleh mengkhatan knk2 perempuan yg suda melebihi udr umor 3
Waalaikumsalam Puan Azlindah.
Sila rujuk artikel di atas yang telah menerangkan hukum khitan utk anak perempuan.
Secara peribadi, saya tidak akan mengkhatankan anak perempuan berumur lebih setahun melainkan anak tersebut diberi bius separuh atau penuh.
Khitan sewajarnya dilakukan awal sebelum umur 6 bulan
Salam doktor..sy ingin bertanya..sy telah membawa anak sy brumur 4 thn berkhatan pd hr rabu sebelum thn br cina..sudah 8 hr dan td tiba2 lukanya berdrh agak byk..brapa lama masa utk sembuh sepenuhnya..adakah ini perkara biasa atau perlu sy bw ke hospital..
Assalamualaikum doktor,
Saya telah sunat anak lelaki saya pada usia sebulan menggunakan teknik alis clamp..sekarang baby sudah hampir 3 bulan..saya lihat kemaluan nya sedikit bengkak..tapi baby tiada masalah buang air seperti biasa..apabila saya tanya pada doktor berkenaan..doktor cakap normal dan akan susut..boleh saya dapatkan emel doktor untuk pertanyaan lebih lanjut..dan tunjuk gambar kepada doktor untuk kepastian. Tq in advance
waalaikumsalam. Please bring your child to the clinic for assesment. TQ
Salam doc..dah jumpa doc Prakash hari ni di klinik paed.His explanation akhirnya melegakan saya..luka disekeliling akan sembuh dengan sendiri dan tak perlu rendam lagi.Alhamdulillah.thanks a lot
Salam doktor. My son bersunat di HUKM under your team on 17/12/2014. Tapi yang buat adalah Dr Majmin since you are not around on that time. Alhamdulillah berjalan ancar. But something going wrong bila sunat tu dah elok. Macam tak jadi kejadian asal. Since dia gunakan tissue glue dan kes anak saya adalah burried pennis, selepas sunat tu doc di OT plasterkan keliling penis supaya tak tenggelam. Tapi selepas plaster ditanggalkan, kulit anak saya melekat di bahagian tengah sehingga menjadikan bahagian pangkal tu timbul seolah membengkak. Tapi bila tanya anak saya katenyer tak sakit.Saya dah bawa anak saya ke wad utk pemeriksaan semula 1 week after, kata doktor ok, kena rendam air garam lagi. But then I still not staisfied until I can meet Pakar or you, hopefully. My next TCA was on 5/1 at Pead Surgery clinic. Need your advise. TQ doc.
Waalaikumsalam Encik Harman. Bius penuh atau GA (general anesthesia) melibatkan penggunaan gas dan ubat ubatan untuk membuatkan anak anda tidak sedar semasa prosedur. Ia akan dikawal oleh pakar bius. Anggaran kasar bagi kos khatan menggunakan bius penuh di hospital swasta adalah dalam lingkungan RM3-5k.
Terima kasih doktor. Bagaimana dengan hospital biasa?
Kebanyakan hospital kerajaan akan melakukan proises khatan dengan penggunaan bius setempat sahaja. Penggunaan bius penuh adalah terhad kepada anak anak istimewa atau yang memerlukan khatan bukan dengan cara yang biasa.
Assalammualaikum Doktor, anak saya berumur 9 tahun berminat untuk berkhatan walaubagaimanapun dia hanya bersedia sekiranya ianya dilakukan dalam keadaan dia tidak sedar. Adakan bius penuh ini bermaksud dia akan berada dlm keadaan tidak sedar? Berapakah anggaran kos dengan cara bius penuh? Terima kasih
Untuk makluman doc jg,anak sy hnya dibekalkan ubt tahan sakit mefenamic acid 250gm n krim sapu chloramphenicol shj…xde plk antibiotik…xpe ke
Waalaikumsalam Puan Alya. Chloramphenicol adalah antibiotik dalam bentuk krim. TQ
Assalamualaikum doc,
Anak sy bersunat pd hari jumaat semalam..sy dapati ada nanah pd tmpt lukanya…adakah ini normal?mcm mana cara yg betul utk cuci tempat lukanya..
Waalaikumsalam Puan Isnani, Mails Fatwa memutuskan khatan adalah tidak wajib bagi org Islam sekiranya prosedur itu boleh membawa bahaya Dan mudarat disebabkan oleh masalah kesihatan semasa yg dihidapi oleh anak anak. Sebagai contoh, anak anak yang mempunyai penyakit darh yg ‘cair’ Dan tidak membeku. Sebaliknya, byk anak anak istimewa walaupun mempunyai masalah kesihatan yang lain, mereka masih berupaya utk dikhatankan dengan bius penuh. Pada saya, ini adalah cara terbaik utk mengkhatankan mereka.
Salam dari Kota Makkah.
Assalamualaikum Dr, what is the hukum for circumsicion for special need children eg ADHD,CP,autism ? And if we would like to do circumsicion in those special children, should we do under GA in view that the children would not be cooperative if done under LA?
As salam doktor..ank sy berkhatan pd 28/11/14 tp hingga hari ni 9/12/14 luka dan bengkak msih belum surut..sy tlh berjumpa doktor d klinik tmpt dia berkhatan itu tp bkn lah doktor yg lakukan khatan ke atas anak saya..doktor itu tlh beritahu saya kemungkinan doktor yg melakukn khatan itu tlh memberikan bius secara berlebihan dan dia juga mendapati bahagian ‘buta’ tidak d buka habis..fyi doktor, pd hari ke 5 anak sy berkhatan, sy dapati jahitan nye tlh trbuka..sy berpendapat ianya trjadi kerana bengkak nya msih belum surut lalu sy mmbawa ke klinik yg brhampiran saja.doktor tlh memberikan antibiotik augmentin krn bimbang jngkitan kuman..pd hari ke 7 bengkak & luka msih belum surut lalu sy tlh prgi semula ke klinik d mana tmpt ank sy d khatankan..mereka meminta sy teruskn beri ubat kpd anak sy dan sering cuci lukanye dan minta dtg kmbali pd 14/12/14..soalan saya 1)apa yg akan jadi sekiranye mmg benar bius tlh dberi brlebihan dan apakah ada side efeknye? 2)berapa lama masa yg d ambil utk pulih? saya amat sedih dgn apa yg menimpa anak saya..kdg kala anak saya menangis dlm diam kerana mngkin sudah bosan dgn keadaannye skrg..dia sgt patuh pd jadual mkn ubat dan msih berpantang dlm pemakanan kerana mahu cpt sembuh..tlg lah doktor berikn sdkit pendapat dan info serta panduan…wassalam & tq
Waalaikumsalam. Maaf atas kelewatan menjawab pertanyaan ini.
Merujuk kepada persoalan puan, kebiasaannya, ubat bius yang digunakan hanya mempunyai kesan dalam badan selama 5-6 jam sahaja. Selepas itu, kebanyakan ubat ini akan di nyahkan melalui sistem perkumuhan manusia melalui hati atau air kencing.
Merujuk kepada persoalan kedua, saya tidak boleh menjawabnya dengan tepat kerana saya tidak melihat luka tersebut dan merawat anak puan.
sekian
Assalamualaikum….
Apa pendapat doktor samaada lebih baik berkhatan di klinik swasta ataupun menggunakan teknik tok mudim? Saya ingin minta penjelasan doktor kerana saya tiada pengalaman kerana anak saya yang pertama perempuan dan dia telah berkhatan sejak bayi lagi menggunakan perkhidmatan mak bidan.
Sekian, wassalam.
waalaiakumsalam Puan Puteri Aida, sila rujuk kepada soalan sebelum ini
Assalamualaikum. Anak saya lelaki dan berumur 6 tahun. Dia mempunyai tubuh yang agak berisi.Berat dia kini sekitar 3okg. Saya bercadang untuk mengkhatankan anak saya sedangkan saya dapati zakar dia tenggelam kerana diselaputi oleh lemak. Apa pendapat doktor. Perlukah saya membantu anak saya untuk menurunkan badan terlebih dahulu sebelum melakukan proses berkhatan atau tiada masalah sekiranya terus dikhatankan?
waalaikumsalam Puan Puteri Aida. Mengenai permasalahan anak puan, besar kemungkinan anak puan mengalami ‘Buried penis’ seperti yang telah saya terangkan di dalam artikel di atas. Keadaan ini memerlukan teknik khatan yang sangat berbeza dari khatan biasa yang ditawarkan di klinik klinik atau sebahagian hospital. Ia perlu dilakukan ketika anak di bawah bius penuh.
Walaubagaimanapun, sekiranya puan berjaya mengurangkan berat badan anak anda melalui pengawalan makanan dan zakar kembali timbul, maka teknik khatan biasa boleh di lakukan. Puan masih mempunyai masa yang agak lama untuk berusaha mengurangkan berat badan anak puan.
Sila bawa anak Puan untuk berjumpa Pakar bedah untuk mengesahkan keadaan zakarnya.
Waalaikumsalam Puan Munir. Doktorbudak.com adalah portal pendidikan dan ilmu bagi membantu ibu bapa memahami masalah anak anak. Dua gambar yg pertama adalah dari open access image dari laman sesawang manakala gambar yg ketiga adalah gambar pesakit saya yg diambil dengan izin. Ilmu pembedahan adalah cawang ilmu yg sangat teknikal dan memerlukan deskripsi bergambar untuk membantu kefahaman. Semua teks bergambar sebegini ada dalam semua buku teks perubatan serta laman sesawang.
Assalamualaikum. Saya mohon doktor syariz untuk hapuskan gambar-gambar kemaluan di atas dengan serta merta sekiranya tiada kebenaran/concent daripada pesakit/client/ibubapa pesakit. Jangan tunjukkan aurat.
Waalaikumsalam Puan Sari76. Balutan pada kawasan khatan perlu dibasahkan dengan air dan dibiarkan selama 5-10 minit untuk melembabkan dressing yang melekat. Setelah lembab, barulah kawasan balutan lebih senang dibuka.
“keras” dan melekat
Assalam Dr, anak saya umur 9 thn berkahatan cara tradisional 21.1.2014, balutan kedua agak res utk tanggalkan. Bagaimana nk lembutkan balutan tersebut spy tak sakit.
Assalamualaikum Dr,
Saya baru mengkhatankn bayi lelaki saya yg berumur 9 hari. Sudah berlalu 3 hari, boleh kah doktor tolong memberi sedikit details mengenai brape lama akan sembuh; cara penjagaan dan seterusnye. Cara nye juga dgn memasang ‘cincin’. Agak brape lama baru tanggal?
Ibubapa yg khuatir
Assalamualaikum Dr.
Saya ingin bertanya lebih lanjut tentang berkhatan secara “laser”sepertimana yang diberitahu oleh klinik.Adakah cara ini lebih selamat,dan selepas kulit dibuang,adakah ia dijahit.
Sebelum ini anak saya yang lain berkhatan menggunakan teknik gunting dan jahit.
Teknik “laser” ini kedengaran baru pada saya dan saya rasa agak berdebar memikirkannya.Lagipun doktor klinik berkenaan tidak membenarkan saya untuk menemani anak sepanjang proses berkenaan.
Anak saya akan bersunat esok,harap doktor dapat beri penjelasan untuk mengurangkan debaran saya ini.
Buat masa ini anak saya sering batuk dan selesema.
Terima kasih Dr.
Waalaikumsalam Puan Ainy.
Mengikut etika perubatan, doktor yang menjalankan prosedur terhadap anak puan sepatutnya memberi penjelasan penuh tentang cara cara prosedur itu akan dibuat. Saya tidak pasti mengenai kaedah yang ditawarkan kepada anak puan, sila berhubung lanjut dengan doktor tersebut. Puan berhak untuk mngetahui kaedah dan cara yang akan anak puan lalui.
Salam Dr Syariz
Saya bercadang untuk mengkhatankan anak saya yang berumur 6 tahun. Saya berminat untuk menggunakan teknik sutureless circumcision. Boleh tak nak minta Dr terangkan dgn lebih lanjut cara khatan menggunakan kaedah ini? Dr sendiri ada buat ke khatan menggunakan teknik ini? Kalau ada pls kongsikan di mana atau mana klinik atau hospital yang menggunakan teknik ini di sekitar KL & Selangor.
Terima kasih Dr
Waalaikumsalam Puan Sarah. Teknik sutureless circumcision perlu diterangkan oleh pakar yg akan mengkhatankan anak puan. Hospital UKM telah menggunakan teknik ini sejak 2008, selain itu, Teknik ini juga ada disediakan di Hospital Pakar AnNur, Bangi.
salam dr..anak lelaki saya berumur 1 tahun 2 bulan, sesuai tak untuk berkhatan..terima kasih
Waalaikumsalam Puan Murni. Lebih muda umur seorang anak lelaki, proses penjagaannya adalah lebih senang. Persoalan puan telah saya jwb pada soalan Puan Mamamunie diatas. Sekian.
Assalamualaikum…
Di antara sutureless circimcision dan circumcision dengan “laser” (perkataan yang digunakan oleh klinik yang memaklumkan kepada kami), apa bezanya dan dari segi tempoh penyembuhan.
Anak saya yg berumur 8 thn akan berkhatan sabtu ini, suami memaklumkan klinik akan guna laser tapi perlu jahit. Sementara itu, di kampung berdekatan pula, doktor menggunakan cara conventional (guna gunting/pisau / saya tak pasti apa), katanya tidak perlu jahitan. Teknik apakah sebenarnya beza antara keduanya
Waalaikumsalam. Dear Jaf, i personally don’t think that the sutureless method is available there in Sabah as only selected hospitals are doing it in KL
Salam…
Would like to know if the method sutureless is available here in Kota Kinabalu, Sabah?
Thanks..
Baik doktor. TQ for yr reply.
Assalamualaikum wbt
Dr Syariz. Saya telah mendapatkan perkhidmatan berkhatan untuk anak lelaki yg ketika itu berumur 2 tahun pada tahun 2012 di PPUKM. Satu pengalaman yg menakjubkan bagi saya kerana saya tidak nampak walau setitik dan anak saya boleh terus memakai pampers sejurus selepas berkhatan. Adakah PPUKM masih menerima pendaftaran untuk berkhatan (menggunakan cautery) untuk cuti sekolah akan datang (November dan Disember 2014).
Puan Suhaila, pendaftaran baru utk waktu tersebut telah ditutup.
TQ for your reply. Anak saya berumur 6 dan 8 tahun. Untuk tahun 2015, adakah masih dibuka. Mungkin bukan akhir tahun tetapi awal tahun 2015. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk pulih dari hari bersunat sehingga kanak-kanak tu boleh pergi sekolah.
Terima kasih Dr.
Puan Suhaila, please get appointment from the clinic. This web page is not to answer slots availability.
Tempoh masa yang diperlukan adalah 5-7hari
Encik Lim, tempoh seminggu adalah tempoh yang mencukupi untuk luka khatan 90% sembuh. Ini tidak akan mengganggu persediaan anda untuk persediaan kenduri itu
Salam sejahtera…
sy merupakan bukan muslim dan berumur 25 tahun. Sy berazam utk berkhatan pada hujung tahun ini sementara cuti selama 1minggu….
Dr…adakah masa seminggu itu mencukupi utk pemulihan sepenuhnya? sy takot akan mengganggu pekerjaan dan persediaan kenduri abang saya di kampung…
Waalaikumsalam Puan Liana. I’m at no liberty to suggest to you to where should get your baby circumcise. Having written this article, of course I’m a believer of the sunnah. Try and ask around for the service. Try Bangi area 🙂
Salams Dr. Normally how long is the recovery period for babies? What to expect and any special care that i need to focus on? Thinking of circumsizing my 3 months old baby in dec.
Thanks, Dr.
Waalaikumsalam.. Recovery period for babies are amazing. They might feel uncomfortable only for a day and back to normal self on the 2nd day. I’m not fond of the clamp technique and only practice the sutureless method; which in my opinion gives the best result so far. There is no specific care needed post circumcision with this technique and the baby is allowed to wear pampers and bath normally
In my experience, the younger the baby is, the quicker the recovery process . In general, a newborn until 3-4 months old are still suitable for circumcision under local anesthesia. 6 months – 6 years old will need to undergo circumcision under sedation of full general anesthesia.
Thanks doctor for your inputs /advice. What is the difference between the clamp and sutureless technique? As well as the pros n cons of both.
By the way, may I know in which hospital you are attached at the moment?
Thanks again.
Liana
The difference between the clamp and sutureless are mentioned in the above article including twice administration of local anaesthesia to your child during removal of the clamp.
I personally not in favour of the clamp because i have treated a lot of complications following clamp methods, referred to my institution from the primary care setting. Complication includes wound infection and failure of device to be removed.
Sutureless circumcision eases your child from any cover dressing and relatively minimal pain post procedure. They should take shower as usual and that maintains a good hygiene hence the rate of wound infection is almost not seen.
I’m a full time Paediatric surgeon in PPUKM and visiting Paeds Surgeon to An Nur Hospital Bangi
Damansara Damai Specialist Hospital, Dr Kamal
Salam doctor. Could you suggest which hospital / doctors that is experienced in circumcising babies? I have tried asking around but Mostly they will ask me to wait. Do you provide this service? 🙂
Thanks
Asalamualaikum doctor, thank u for the info. Nevertheless how abt circumcision for baby girl? (Feza)
Waalaikumsalam. Hukum berkhitan bagi kaum perempuan adalah sunat. Imam Ahmad r.a daripada Rasulullullah berkata ‘ Jika kamu mengkhitan, makanjanganlah kamu berlebih- lebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih di sukai oleh suami’. Berdasarkan hadis ini, dapat kita rumuskan bahawa khitan utk anak wanita cukuplah sekadar memotong sedikit kulit pada bahagian klitoris anak.
Khitan mengikut adat bagi sebahagian besar benua Afrika adalah bertentangan dan berbeza cara dengan yg sewajarnya. Proses khitan ini melitupi pemotongan hampir sebahagian besar otot klitoris. Ini dilakukan tidak mengikut sunnah yang di ajar.
Salam Dr.
It seems that i got contradicting info about sunatkan my daughter. Even my gynecologist advise against it. Due to this misinformed information we didnt sunatkan her and she is now 3yo. Could we still go ahead sunatkan her even though she is older now?
Waalaikumsalam.
Pada pendapat saya, tempoh berkhatan yang paling sesuai adalah mengikut sunnah iaitu pada hari ketujuh. Walaubagaimanapun, kadangkala sunnah ini tidak dapat dilakukan disebabkan kekangan masa ibu bapa dan sebab sebab lain. Bayi masih boleh dikhatankan dengan pemberian ubat bius setempat (Local Anaesthesia) sehingga umur 2 bulan bergantung kepada pengalaman doktor tersebut. Jika sudah terlepas peringkat umur ini, eloklah menunggu sehingga selepas umur 6 bulan iaitu umur yg baru sesuai untuk bantuan penggunaan ubat penenang atau bius penuh (Full General Anaesthesia).
Mengikut pengalaman saya, lebih muda umur seorang anak menjalani pembedahan, proses pemulihan adalah lebih singkat dah mudah.
Masyarakat kita masih terikat kuat dengan adat dan budaya berkhatan pada umur yg lebih tua, sangat berbeza dengan tradisi khatan masyarakat Arab. Ibu bapa dan masyarakat juga sering menakutkan anak- anak mengenai proses khatan walhal ia adalah suatu perintah wajib bagi umat Islam.
Anak anak memerlukan ‘priming’ sebelum proses khatan. Ibu bapa perlu menekankan aspek positif yang dapat anak anak lalui selepas berkhatan seperti sudah mampu menjadi imam, sudah boleh sembahyang di saf hadapan dan sebagainya. Ini memerlukan masa.
Walaubagaimanapun, jika proses ‘priming’ telah dibuat dan anak anak masih tidak mempunyai keyakinan untuk berkhatan, kumpulan anak anak ini memerlukan bantuan supaya proses khatan tidak meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada mereka. Kumpulan anak sebeginiperlu menjalani khatan dengan penggunaan ubat penenang atau bius penuh.
Berilah yang terbaik untuk anak anda.
Doktor, umur berapa yang paling sesuai untuk budak lelaki berkhatan di Malaysia ni? Dan apakah pendekatan secara mental yang boleh diambil untuk pujuk anak supaya berkhatan yang mungkin doktor boleh kongsikan berdasarkan pengalaman?
assalamualaikum wbt
jzkk Dr atas penjelasan tersebut terutamanya berkenaan waktu yang sesuai untuk berkhatan. Tetapi saya juga diberitahu bahawa sekiranya anak tersebut sudah berumur melebihi lebih 3 minggu, maka perlu menunggu sehingga berumur sekurang-kurangnya dua tahun untuk berkhatan. Dalam kata lain, tempoh berkhatan bagi bayi yang baru lahir ialah 7 hari hingga 21 hari (3minggu). Betul ke Dr? Apakah sebenarnya tempoh masa yang disarankan?
Waalaikumsalam. permasalahan waktu sesuai untuk khatan telah diterangkan di atas. Saya secara peribadi melakukan khatan untuk bayi dari lahir sehingga umur 3 bulan untuk cara bius setempat (local anaesthetic)