Question: salam and good morning dr.
ingin saya bertanya, anak saya berumur 1tahun 5bulan sekarang. sekadar ingin bertanya adakah normal bagi anak yg berusia begitu selalu berkepit dengan ibunya, sentiasa inginkan ibunya ada setiap masa dengan nya dan akan menagis jika ditinggalkan walau sekejap sehingga urusan kerja-kerja rumah yang lain menjadi rumit.untuk pengetahuan doctor anak saya fully bf apabila di rumah dan susu fm hanya di nursery jika stok susu tidak mencukupi. benarkah tanggapan bawaha anak susu ibu memang tidak boleh berengang dengan ibunya..? he’s too clingy and spoiled.secara psychology adakah ia baik untuk perkembangan mental dan fizikal nya.. tq doc.
Answer: kami telah pun mengeluarkan artikel tentang isu ini di homepage kami. Gunakan search button seperti yang telah kami gariskan di atas (bahagian perhatian)
Tanggapan tersebut tidak benar . Ada cara untuk menangani masalah ‘separation anxiety’
Comments
2 responses to “[Q&A] Adakah normal bagi anak yg berusia 1 tahun 5 bulan begitu selalu berkepit dengan ibunya, sentiasa inginkan ibunya ada setiap masa dengan nya dan akan menagis jika ditinggalkan?”
Salam. Saya ada tiga orang anak, anak kedua saya telah meninggal pada 2013 disebabkan kanser otak(pontine glioma). Anak kedua saya umur 6 tahun ketika tidur tiap malam anggota badannya selalu bergerak tersentak-sentak termasuk pipi, hidung, kelopak mata dan air liurnya sentiasa mengalir keluar, adakalanya dia bangun tengah malam dan mengadu kakinya sakit. Saya rasa bukan sawan. Saya nak tahu adakah ia berkaitan dengan syaraf. Terima Kasih
Sejak bila masalah ini bermula?
Adakah dia dalam sedar semasa ‘sentak-sentak’ itu berlaku ? Penerangan yg diberikan seperti sawan (ramai yang salah anggap dan merasakan sawan hadalah dimana tangan kaki semua tersentak sedangkan sawan ada pelbagai jenis. Sawan yang melibatkan muka, mulut mata dan selalunya terjadi waktu tidur atau waktu bangun pagi – Benign Rolandic Epolepsy) . Namun , ini adalah andaian berdasarkan simptom yang disebut dan hanya boleh dipastikan dengan pemeriksaan pakar). Berjumpa pakar dan ada baiknya mengambil video semasa kejadian tersebut agar doktor boleh mendapat gambaran yg lebih jelas).
Bangun tengah malam sakit kaki, ini adakah pada waktu sentakan juga?
Ada satu keadaan di panggil ‘ growing pains’ di mana kanak kanak yg membesar sakit kaki terutama waktu malam yg sejuk. Di waktu siang , boleh bermain dan aktif seperti biasa.
Yusrizal, ini cadangan saya. Bawa berjumpa doktor. Perkara sebegini tidak dapat dibincangkan dengan tepat secara online. Malah , kami ditubuhkan bukan untuk memberi diagnoses kerana tidak mungkin diagnosis boleh dibuat tanpa mengetahui sejarah anak secara lengkap. Pemeriksaan juga perlu dilakukan . Hanya dengan cara itu diagnosis boleh diketahui.