Question: Salam, doctor,, anak sy berumur 6bln 1mggu. Sy br mula beri dia susu formula lembu 2mggu lps.tetapi naik merah di sekeliling mulut dia n dah x mahu minum susu tu.sy dh tukar ke susu formula soya, dia muntah semula kesemua susu yg dia minum pula.sy cuba susu formula beras pula, bayi sy meraung2 tak mahu.sy pening x tahu nak bg susu ape dah memandangkan stock ebm sy dah abis n sy bekerja..doc ade cadangan susu lain tak.tq doctor..
Answer: Ada sesetengah bayi yang alah pada susu formula . 30–40% daripada mereka ini juga alah pada susu soya. Anak puan mungkin termasuk dalam kategori tersebut. Oleh itu , saranan saya , dapatkan formula hypoallergenic (HA formula) di farmasi.