Question: Salam doktor,
Anak sy br nk masuk 7 bulan, menyusu badan dan susu formula, dia mengalami cirit birit yang kerap hinggakan celah kelangkangnya merah2, dia asyik menangis sbb sakit di bhgn tersebut. Masa hari kedua, sy dah bawa dia ke klinik, doktor bg krim utk sapu pd bhgn tersebut serta sampel susu Similac LF utk bayi yg cirit…malangnya, selepas semnggu, ciritnya masih terjadi..kini dah masuk hari ke 11, saya still teruskan susu Similac tersebut..Sy anak tanya doktor, apakah normal bg bayi yg mengalami cirit sehingga begitu lama..Jika tidak, apakah yg patut sy lakukan?
Terima kasih doktor..
Answer: Adakala selepas jangkitan cirit birit , bayi mengalami secondary lactose intolerance. Boleh cari dan rujuk di homepage mengenai artikel ini.ini terjadi apabila dinding usus terhakis semasa jangkitan berlaku dan serapan susumenjadi tidak bagus. Oleh sebab itu , LF (atau lacose free ) formula diberikan . dalam tempoh ini , susu LF diteruskan untuk 2-3 minggu sehingga permukaan usus kembali sembuh . Cirit biritnya berkurangan dan selepas itu boleh teruskan susu biasa. Dalam tempoh ini ambil LF sahaja dan tidak campur dengan susu lain . Keadaan ini mungkin apa yang berlaku pada anak Suhaina, pada masa ini saya menganggap dia sudah sihat , aktif dan seleranya semakin baik. Jika dia masih tidak sihat , lemah maka berjumpa doktor kerana ia mungkin masih masalah jangkitan usus.