Alat Bantu Dengar ( Hearing Aid )

speech

Q: Salam sejahtera. Anak lelaki saya telah disahkan mempunyai masalah pendengaran sejak dia  berumur 10 bulan dan sekarang dia sudah berusia 4 tahun 1 bulan. Saya telah membeli alat bantu dengar pada usianya 1 tahun. Masalahnya saya mula pakaikan alat tersebut sejak usia 1 tahun tetapi dia akan menanggalkannya selepas 5-15 minit . Saya tak dapat biasakan dia untuk belajar mendengar dan tak dapat bantu dia untuk belajar bertutur. Kalau saya paksa juga dia akan campak alat tersebut , sudah la alat itu mahal. Soalan saya, ada tak cara untuk saya kekalkan pemakaian alat bantu pendengaran itu?

Atau apa-apa saja cadangan yang berkaitan dengan masalah saya? (Ahmad Faiz)

A: Encik Ahmad Faiz, Terima kasih atas soalan anda.

Terlebih dahulu, biar saya jelaskan bagaimana  alat bantu dengar  atau hearing aids (HA) boleh membantu orang yang mempunyai masalah pendengaran.  Fungsi HA adalah menguatkan bunyi untuk membantu seseorang mendengar bunyi yang sebelum ini kurang atau tidak dapat didengar.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ringan hingga sederhana (30-70dB), HA boleh membantu mereka mendengar bunyi pertuturan dengan lebih jelas. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran teruk hingga sangat teruk (>70dB), mereka memerlukan latihan pendengaran yang intensif untuk membantu mereka mempelajari bahasa. Latihan ini amat memerlukan pemakaian HA atau cochlear implant yang konsisten. Cochlear implant  adalah alat yang memberi rangsangan elektrik terus kepada saraf pendengaran di telinga dalam dan kanak-kanak memerlukan pembedahan untuk prosedur ini.

Jika kita merujuk kepada speech banana  (kawasan berwarna kuning di mana bunyi pertuturan wujud dalam audiogram dan dipanggil demikian kerana bentuknya yang seperti pisang) di bawah, bunyi pertuturan adalah dalam lingkungan 30-60 db. Tanpa HA atau cochlear implant, kanak-kanak mungkin tidak dapat mendengar bunyi pertuturan dan juga bunyi persekitaran yang kurang daripada 70dB.

hearingaid1

Oleh itu, pemakaian HA yang kerap adalah amat penting untuk membantu kanak-kanak tersebut mempelajari bahasa.

Mengapa anak saya tidak suka pakai HA?

Antara sebab-sebab yang mungkin:

1)     Tidak biasa dengan bunyi ‘ kuat’ (bunyi yang sebelum ini tidak dapat didengari)

2)     Tidak biasa ada ‘benda’ pada telinga’

3)     Acuan HA (earmould) yang tidak sesuai dengan bentuk telinga

4)     Setting HA yang terlalu kuat atau terlalu perlahan

Adalah penting untuk berjumpa dengan Audiologist untuk memastikan ‘earmould’ dan setting HA sesuai dengan anak.

Ada tak cara untuk saya kekalkan pemakaian alat bantu pendengaran itu?

Pemakaian HA pada anak adalah perkara yang merungsingkan bagi banyak ibu bapa. Bukan semua kanak-kanak akan dapat menerima dan memakai HA dengan serta-merta. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dicuba.

1)     Pakaikan HA pada anak apabila dia bangun untuk membantu anak sedar bahawa HA adalah benda yang penting dan diperlukan sebelum mandi, berus gigi dan makan.

2)     Pakaikan HA sejurus sebelum melakukan aktiviti kegemaran anak. Jika anak tidak mahu memakai HA, aktiviti tersebut patut ditangguhkan sehingga dia pakai HA

3)     Mula dengan pakai HA untuk masa yang singkat (contoh: 15 minit) sebelum ditanggalkan. Ulangi setiap jam and perlahan-lahan lebihkan masa pemakaian HA untuk 30 minit, 45 minit dan seterusnya sehingga anak boleh pakai HA sepanjang masa.

4)     Beri ganjaran apabila anak pakai HA untuk waktu yang panjang (contoh: tiup buih, stickers, stamp). Ganjaran ini perlu disimpan khas untuk pemakaian HA sahaja.

5)     JIka anak selalu tanggalkan HA dan campak, boleh gunakan hearing aids clip untuk mengelakkan HA selalu jatuh dan mungkin jadi rosak.

hearingaid2
Pic: http://www.babyhearing.org/hearingamplification/aidchoices/practical.asp

6)     Semasa membeli HA, anak juga boleh memilih warna HA bagi menggalakkan mereka untuk memakainya. Selain itu, anak juga boleh melekat sticker pada HA. Sila berbincang dengan Audiologist untuk mendapatkan maklumat lanjut.

hearingaid3hearingaid4

Ibu bapa perlu bersabar dan konsisten dalam membantu anak memakai HA. Apabila anak menanggalkan HA, ibu bapa boleh memakaikan HA balik serta-merta dan menentukan berapa lama anak patut pakai HA sebelum HA boleh ditanggalkan. Anak harus belajar hanya ibu bapa yang berkuasa untuk menanggalkan HA sehingga anak boleh diberikan tanggungjawab ini.

Ibu bapa juga boleh berbincang dengan Audiologist dan Speech Therapist untuk mendapatkan idea lain yang boleh membantu anak memakai HA.

Selamat mencuba dan semoga Berjaya!

( answered by Ms Yong Ennie )

 

Reference:

http://www.babyhearing.org/hearingamplification/aidchoices/practical.asp

http://www.asha.org/public/hearing/treatment/child_aids.htm

 

 

 


Posted

in

,

by